| Pembinaan Ladang
Pemiharaan puyuh pedaging tidak memerlukan
kawasan yang besar. Ini adalah kerana sais puyuh
jauh lebih kecil dari penternakan unggas lain
seperti ayam. Walaupun demikian keperluan
pemeliharaan adalah lebihkurang sama dengan
penternakan ayam. Kawasan penternakan hendaklah
mengikut perundangan negeri terlibat. Sebagai
contoh, bagi negeri Johor penternakan puyuh
memerlukan lesen mengikut keperluan Enakmen
Industri Ternakan Negeri Johor.
Didalam pemilihan tapak kawasan penternakan
sebaiknya kawasan ladang hendaklah jauh dari
kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang
lain. Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan
mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan
barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya.
Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu
diratakan bagi setiap kawasan bangsal yang perlu
didirikan. Kawasan yang mempunyai peredaran
udara yang baik perlu diambil kira didalam
pemilihan kawasan.
Keperluan
bangsal adalah tertakluk kepada kumpulan
ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh
pedaging. Sebagai contoh, bagi pengusaha yang
hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu
sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya
lapan. Ini berdasarkan sistem penternakan sekali
gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal.
Begitu juga bagi keperluan kawasan. Sais bangsal
untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10
meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter
tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan sekor
sebanyak 210 sentimeter persegi. Berikan jarak
sekurangnya 15 meter antara 2 bangsal. Kawasan
penternakan perlu dipagar untuk mengelakan
gangguan dari ternakan atau binatang lain. Puyuh
masih lagi mempunyai sifat terkejut dan
'excitability' yang boleh menjejaskan prestasi.
Bagi penternakan puyuh pedaging pada lazimnya
pengusaha digalakan menjalankan aktiviti
sembelihan dan menjual puyuh secara bersih
proses. Dengan cara ini pengusaha diperlukan
mengadakan logi pemprosesan sendiri. Logi ini
hendaklah berjauhan dari kawasan penternakan.
Bangunan yang diperlukan bergantung kepada
jumlah pemprosesan yang hendak dijalankan. Bilik
sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk
penyimpanan stok puyuh proses.
2. Sistem Pengurusan
Sistem pemeliharaan diatas lantai sampah
sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah
disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur
puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem
ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan
kawalan penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan
menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh
penternak tempatan. Anak puyuh diinduk didalam
kotak perindukan dan kemudiannya dipindahkan ke
kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.
3. Bekalan anak puyuh
Puyuh yang digunakan untuk pengeluaran daging
adalah Japanese quail ( Coturnix japonica
). Bekalan anak puyuh untuk pedaging dari
pengusaha tempatan lazimnya dari jenis penelur.
Akantetapi ada terdapat penternak puyuh baka
yang menggunakan puyuh berbadan besar yang
diimpot dari negara luar. Dari segi rupa dan
diskripsi kedua puyuh jenis pedaging dan penelur
adalah dari jenis yang sama. Bezanya adalah bagi
kegunaan pengeluaran daging puyuh ini telah
menjalani pemilihan dan pembiakan untuk
menghasilkan daging yang lebih. Jabatan
Perkhidmatan Haiwan dari Institut Kemajuan
Ternakan Ayam telah menghasilkan puyuh jenis
pedaging ( dari jenis Coturnix japonica ) hasil
dari pemilihan dan pembiakan yang dijalankan.
Puyuh ini telah diberi nama PUYUH IKTA. Tentukan
pengusaha mendapat bekalan anak puyuh pedaging
dari pembekal anak puyuh pedaging IKTA keluaran
Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Ini mempastikan
bahawa pengusaha mendapat anak puyuh berkualiti
tinggi.
Pengurusan Penternakan
Peringkat Perindukan
Dalam
sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak
puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara
dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta
hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000 ekor anak
puyuh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas
kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter
persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana
kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan
diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan
digantung ditengah kepongan setinggi 91
sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal
mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal
ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan
udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas
minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh
ditempatkan di dalam bulatan selama masa
perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x
30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor
anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap
adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8
sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi
tanpa had.
Didalam sistem pemeliharaan didalam kotak
kayu khas, anak puyuh diindukkan didalamnya
selama 10 - 14 hari juga. Lantai kotak hendaklah
dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated
paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh
jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan
plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya.
Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt
yang digantung ditengah petak kotak tersebut.
Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh
memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Bangsal
hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene
sheets'. Peralatan makanan dan minuman adalah
seperti dinyatakan diatas.
Peringkat Pembesaran
Didalam
sistem pemeliharaan diatas sampah sarap,
kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur
10-14 hari dimana anak puyuh akan berada
sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual.
Selepas perindukan bekas minuman otomatik
digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap
satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk
100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu
diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan
pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih
diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa
pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan
adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada
ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata
290 gram sekor. Sila lihat Lampiran 2 untuk
piawaian puyuh pedaging IKTA. Puyuh akan
ditangkap dan dihantar untuk diproses secepat
mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa
kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan
puyuh mencapai umur kematangan seksual (
mengeluarkan telur ) dan ini akan menjejaskan
kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual
adalah 45 hari.
Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas,
selesai sahaja tempoh perindukan, plastik
penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga
dengan kepongan di bangsal. Kertas alas
hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya.
Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan
didalam kotak manakala palung makanan hendaklah
digunakan untuk pemberian makanan. Palung
makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak
untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak
boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh
pedaging. Kebanyakan penternak menggunakan kotak
kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran.
Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran.
Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga
di proses. Palung minuman dan makanan digantung
diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh
ditempatkan didalam satu petak atau tingkat
bergantung kepada ukuran kotak. Lazimnya
hendaklah diberikan
Pemakanan Puyuh
Puyuh diberi makanan dari jenis 'Quail
Starter mash' atau Makanan Permulaan Puyuh.
Kandungan nutrien yang disyorkan adalah seperti
di Lampiran 3. Tentukan pengusaha menggunakan
makanan jenis ini untuk mempastikan pembesaran
yang cepat. Di lapangan banyak pengusaha puyuh
pedaging tempatan tidak menggunakan makanan dari
jenis ini. Makanan permulaan ayam pedaging
digunakan dengan meluas bagi memberi makan puyuh
pedaging. Keadaan ini berlaku kerana syarikat
pembuat makanan ternakan tidak menjual makanan
puyuh pedaging kerana volume yang kecil.
Walaubagaimanapun pengusaha besar boleh
mendapatkan makanan puyuh pedaging dengan
rundingan terus kepada pengeluar makanan
Kesihatan
Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya
ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh
dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat
pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh
yang spesifik adalah seperti Ulcerative
Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan
kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan 'flighty
behaviour' dan pergaduhan kerana perebutan
kedudukan sosial merupakan salah satu sebab
utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan
supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan
Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan
keatas penyakit puyuh dari masa ke semasa.
Pengurusan Alam Sekitar
Pengusaha penternakan puyuh pedaging adalah
dinasihatkan supaya mematuhi segala peraturan
dan undang-undang berkaitan dengan penternakan.
Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam
penternakan puyuh adalah seperti masalah lalat,
berbau busuk dan melepaskan air buangan ladang
kedalam sungai. Adalah menjadi satu kesalahan
bagi pengusaha untuk melanggar apa-apa peraturan
yang terkandung didalam undang-undang alam
sekitar. Pengusaha adalah dinasihatkan untuk
mendapat maklumat yang lebih jelas dari Jabatan
alam sekitar berhampiran di negeri masing-masing.
Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik
(Good Animal Husbandry Practices - GAHP)
Cara penternakan yang diamalkan sekarang jauh
dari yang dikehendaki untuk memenuhi keperluan
pelanggan masakini. Penternak harus
menitikberatkan sistem pemeliharaan yang
disyorkan bagi menjamin kehendak pelanggan (
pengeluaran hasil yang bersih ) dan pulangan
keuntungan yang optimum. Mengamalkan GAHP
meningkatkan keyakinan keatas kebersihan dan
keselamatan makanan dan ini dapat meningkatkan
perniagaan luar dan dalam negeri.
Kedudukan ladang
Ciri-ciri yang baik didalam memilih tempat
untuk penternakan puyuh adalah seperti berikut :
- Ladang hendaklah jauh dari kawasan
perkampongan.
- Jauh dari ladang unggas yang lain.
- Mempunyai hubungana jalanraya untuk
kemudahan pengangkutan barang-barang input
dan output.
- Tanah yang datar tetapi tidak mudah
dinaiki air.
- Kawasan yang mempunyai peredaran udara
yang baik.
Perumahan
Perumahan bagi penternakan puyuh pedaging
mementingkan keselesaan dari alam sekitar dan
keselamatan dari pemangsa. Puyuh amat sensitif
keatas kedua perkara tersebut. Dimensi bangsal
terpulang kepada sais penternakan yang hendak
dijalankan. Beberapa perkara harus dipatuhi
untuk menjamin pengeluaran yang maksimum.
- Tentukan paksi panjang mengikut arah
timur/barat. Ini menentukan cahaya matahari
tidak banyak dapat memasuki bangsal yang
boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam
bangsal.
- Jarak antara bangsal hendaklah jangan
kurang dari 15.38 meter untuk menjaga dari
perebakan penyakit dari bangsal kebangsal.
- Tentukan kedudukan bangsal tidak
dihalangi oleh pokok pokok besar atau
bangunan yang boleh menghalang peredaran
udara yang sempurna. Elakan kawasan yang
lembab.
- Lebar bangsal dihadkan sehingga 12.3
meter sahaja.
- Panjang bangsal bergantung kepada
kontour tanah dan sistem peralatan yang
digunakan.
- Gunakan atap bangsal diperbuat dari
aluminium.
- Tepi bangsal perlu ditutup dengan dawai
atau setaraf untuk mencegah kemasukan burung
atau pemangsa.
- Lantai bangsal mesti disimin untuk
kebersihan dan kesenangan pengurusan.
- Peparitan sekeliling bangsal perlu ada
untuk mengalirkan air dari hujan ke parit
besar.
Pembersihan Bangsal
Setelah tamat pemeliharaan sekumpulan puyuh
maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan
segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersih
dari kekotoran dan kuman serta virus penyakit
untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program
kebersihan bangsal adalah seperti berikut :
- Keluarkan sampah sarap lama/najis
- Keluarkan dan cuci peralatan makanan
- Bersih bekas minuman dan servis bekas
minuman otomatik.
- Lakukan semburan racun serangga termasuk
kawasan bumbung. Gunakan bancuran mengikut
syor dan peraturan pembekal.
- Pembasuhan bangsal dengan menggunakan
air. Pengunaan 'High pressure sprayer' amat
digalakan.
- Lakukan semburan racun pembasmi kuman.
Gunakan bancuhan mengikut syor dan peraturan
pembekal.
Persiapan Penerimaan Anak Puyuh
Sekeliling bangsal perlu ditutup dengan 'polyethelene
sheets' bagi mengelakan kemasukan angin sejuk
dari luar. Hanya 3/4 ketinggian tepi bangsal
yang perlu ditutup. Ketaman kayu atau bahan
setaraf yang boleh menyerap air dan selamat
digunakan setebal 7.6 sentimeter hendaklah
dialaskan keatas lantai. Kebanyakan peralatan
ternakan puyuh adalah sama dengan peralatan
ternakan ayam . Bulatan untuk perindukan 1000
ekor anak puyuh serta peralatan perindukan
hendaklah disediakan sebelum ketibaan anak puyuh.
Bagi sistem menggunakan kotak khas,
sekeliling bangsal perlu juga ditutup. Gunakan
kertas dari jenis ' corrugated paper ' untuk
dijadikan alas lantai didalam kotak. Tempatkan
lebihkurang 100 ekor anak puyuh untuk perindukan
bagi setiap petak. Sediakan air dan makanan
sebelum kemasukan anak puyuh.
Perindukan
Anak puyuh perlu dimasukkan kedalam bangsal
sebaik sahaja sampai di ladang. Penangguhan akan
menyebabkan anak puyuh menjadi lemah dan
mengakibatkan kematian yang tinggi. Pengurusan
perindukan amatlah penting kerana kegagalan
memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkan
peratus kematian yang tinggi dan kadar
pembesaran yang terencat. Perindukan adalah
pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan
suhu dan peredaran serta pengudaraan yang
sempurna. Keperluan suhu yang sesuai adalah 35 -
36 C pada 3 hari pertama. Selepas itu suhu
didalam bilik boleh dikurangkan mengikut keadaan
hari. Pemberian haba tamat pada hari ke 10.
Pengurusan yang paling baik adalah dengan
mengikut keperluan anak puyuh dan keadaan cuaca
pada hari berkenaan. Suhu yang rendah
mengakibatkan kematian puyuh kerana bertindih.
Manakala suhu yang terlalu tinggi akan
menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan.
Tempoh perindukan adalah 10 ke 14 hari. Air
bersih hendaklah diberikan setiap hari.
Guli-guli kaca ditempatkan didalam bekas minuman
bagi mengelakkan anak puyuh mati lemas. Bekas
minuman dan guli-guli perlu dibersihkan setiap
hari. Pemberian makanan dilakukan setiap hari.
Tentukan jumlah makanan yang diisikan kedalam
bekas mencukupi dan tidak membazir. Tentukan
hanya makanan yang bersih diberikan. Anak-anak
puyuh yang mati mesti dikeluarkan setiap hari
dan dibuang. Pemberian antibiotik boleh
diberikan mengikut keadaan. Pengusaha
dinasihatkan berhubung dengan Jabatan
Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan nasihat
penggunaan ubatan.
Pembesaran
Selepas sahaja perindukan, didalam sistem
pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan
dibuka dan puyuh dibiarkan membesar diatas
lantai sampah sarap. Sampah sarap setebal
7.62-12.7 sentimeter perlu diberikan di kawasan
pemeliharaan. Gunakan bekas minuman otomatik
kepada puyuh. Tentukan paras bekas minuman
rendah dan dapat diminum oleh semua puyuh. Paras
air didalam takongan bekas minuman otomatik
perlu juga keparas yang dapat diminum oleh puyuh.
Bekas minuman perlu dicuci selalu. Pemberian air
bersih hendaklah diberikan untuk menjaga
kesihatan puyuh. Bekas makanan gantung digunakan
selepas perindukan dengan kadar satu bekas untuk
100 ekor puyuh. Jumlah makanan yang diisi tidak
perlu penuh kerana jumlah tabongan makanan
didalamnya adalah besar. Adalah penting makanan
yang segar diberi setiap hari. Gantungkan bekas
makanan keparas yang dapat dimakan puyuh.
Bagi pemeliharaan didalam kotak khas, selepas
perindukan, tutupan diatas kotak perlu dibuka.
Alas kertas hendaklah dibuang dan puyuh
dipelihara diatas lantai kotak. Air minuman
disyorkan dengan menggunakan bekas minuman air
untuk 80 ekor ( satu petak ). Palung makanan
hendaklah digantung disebelah luar untuk
kemudahan pemberian makanan.
Pengurusan Lain
Puyuh yang mati perlu dikeluarkan setiap hari
dan dimusnahkan. Elakkan gangguan dari ternakan
lain dikawasan penternakan puyuh dan kemasukan
orang yang tidak berkenaan ke dalam bangsal.
Membenteras penyakit yang paling berkesan
adalah dengan pengawalan. Menjaga kebersihan
kawasan dan bangsal perlu sentiasa diberi
tumpuan. Jika berlaku penyakit, pengusaha
dinasihatkan untuk berhubung dengan Jabatan
Perkhidmatan Haiwan atau Doktor Veterinar untuk
mendapatkan nasihat. Apabila menggunakan ubatan,
pemberian hendaklah mengikut kadar yang
disyorkan. Pengusaha perlu menjaga keperluan
kegunaan ubatan termasuk 'withdrawal period'
sebelum puyuh diproses.
Penangkapan Puyuh untuk Diproses.
Apabila umur puyuh telah mencapai umur jual
maka puyuh hendaklah ditangkap dan dimuatkan
kedalam bakul untuk penghantaran ketempat
pemprosesan. Penangkapan perlu dijalankan dengan
baik untuk mengelakkan kecederaan puyuh.
Puyuh-puyuh sebelum disembelih diberhentikan
pemberian makanan sekurang-kurangnya 12 jam
sebelum ditangkap.Cara ini bukan sahaja
menjimatkan kos makanan tetapi menjamin
pemprosesan yang bersih dari sisa makanan dan
najis. Penangkapan hendaklah dijalankan dengan
cepat dan elakkan puyuh terperanjat. Gunakan
penghalang untuk memudahkan pekerjaan. Elakkan
dari menendang dan membaling puyuh. Tangkap
puyuh secukupnya dan dipegang dibahagian kaki
puyuh. Muatkan kedalam bakul dengan memasuki
kepala dahulu. Masukan secukupnya bilangan puyuh
kedalam bakul dan elakkan dari kesesakan.
Pemprosesan Puyuh
Puyuh yang telah sampai ketempat pemprosesan
perlu diproses secepat mungkin. Bakul-bakul
puyuh hendaklah ditempatkan didalam kawasan khas
yang disediakan untuk pemunggahan. Kebersihan
perlu dijaga semasa melakukan penyembelihan.
Keadah penyembelihan mengikut kehendak hukum
Islam perlu dilaksanakan. Teknik penceluran dan
pembuangan bulu dijalankan dengan baiknya untuk
mengelakkan berlaku kerosakan keatas karkas
seperti patah kaki, koyak kulit atau hancur.
Tentukan pembuangan isiperut dilakukan dengan
sempurna sehingga bersih. Paru-paru mesti
dikeluarkan. Puyuh yang siap diproses hendaklah
dibasuh dengan sebersihnya dan disejukkan
sebelum dibungkus. Tentukan keadaan kawasan
sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Puyuh-puyuh yang telah siap dibungkus hendaklah
disimpan kedalam peti sejuk untuk dijualkan.
Penyimpanan Rekod
Penyimpanan rekod pemeliharaan
adalah penting bagi pengusaha untuk
menganalisakan kejayaan atau kegagalan
penternakan. Rekod membantu pengusaha mengenal
pasti kelemahan pengurusan dan tindakan serta
merta boleh diambil apabila mendapati masalah.
Pemasaran
- Anak Puyuh
Bagi pengusaha puyuh baka, hasil
penjualan adalah anak puyuh. Kadar harga
yang dikenakan didapati sangat berbeza
diantara negeri-negeri dan didalam kawasan
sesebuah negeri. Rajah menunjukkan harga
penjualan anak puyuh mengikut negeri.
Harga Penjualan Anak Puyuh
Pedaging Komersil
| Negeri
|
Harga Anak
puyuh Pedaging
(sen / ekor) |
| Johor |
40 |
| Kedah |
30 |
| Kedah |
30,40,50,60,100 |
| Kelantan |
30,35,50 |
| Negeri Sembilan |
40 |
| Pahang |
50 |
| Perak |
35,40 |
| Terengganu |
35,40 |
| Sarawak |
55,100 |
| WP Labuan |
80 |
Perbezaan harga kerana berikut :
- ada pengusaha menjual anak puyuh
melebihi umur sehari.
- kos pengeluaran yang berbeza.
- jenis puyuh yang berbeza ( antara
puyuh pedaging dan penelur ).
- Puyuh Proses
Didalam penternakan puyuh, penjualan dari
ladang adalah dalam bentuk bersih diproses.
Kebanyakan pengusaha puyuh pedaging
mempunyai kemudahan pemprosesan. Penjualan
puyuh ada beberapa bentuk mengikut negeri/kawasan
penternakan. Penjualan secara seekor adalah
paling popular dikebanyakan negeri.
Puyuh-puyuh proses dijual mengikut ekor dan
ada beberapa gred puyuh. Gred puyuh tidak
seragam untuk kebanyakan pengusaha. Negeri
Kelantan dan Pahang menjual mengikut berat
sekilogram.
Rajah menunjukkan gred dan harga jualan
yang diamalkan mengikut negeri. Puyuh proses
biasanya dijual kepada peniaga-peniaga
restoran, pasar malam dan pasaraya.
Gred dan Harga Puyuh Mengikut
Negeri ( 1998 )
| Negeri
|
Gred |
Harga
|
| Kedah |
A( 150 - 180 gm/ekor ) |
1.50 / ekor |
| |
B ( kurang dari 150
gm/ekor ) |
1.20 / ekor
1.10 / ekor |
| Perak |
Borong |
1.60 / ekor |
| Selangor |
A (minima 2.0 kg / 10 ekor )
B (minima 1.6 kg / 10 ekor )
C (minima 1.45 kg / 10 ekor ) |
2.00 / ekor
1.70 / ekor
1.50 / ekor |
| Negeri Sembilan
|
A ( melebihi 1.5 kg / 10 ekor )
B ( 1.30 - 1.45 kg / 10 ekor )
C ( 1.00 - 1.20 kg / 10 ekor ) |
1.75 / ekor
1.60 / ekor
1.10 / ekor |
| Johor |
AA ( melebihi 190 gm / ekor )
A ( 170 - 190 gm / ekor )
B ( 150 - 170 gm / ekor ) |
2.10 / ekor
1.90 / ekor
1.70 / ekor |
| Terengganu |
1.10 - 1.20 gm /
ekor |
1.50 - 1.60 / ekor
atau 12.00 / kg |
| Kelantan |
100 gm / ekor
110 gm / ekor
160 gm / ekor
180 gm / ekor |
12.00 / kg
13.00 / kg
18.00 / kg
20.00 / kg
|
- Puyuh Goreng
Puyuh pedaging untuk dimakan yang sangat
popular adalah dalam bentuk goreng. Boleh
dikatakan peratusan yang tinggi puyuh dijual
dalam bentuk ini yang banyak terdapat di
pasar malam, pasar tani, warung dan restoran.
Harga yang dikenakan tidak menentu dan
mengikut kawasan pasaran. Sebagai contoh,
dibandar Johor Bahru seekor puyuh goreng
berharga RM2.50 - RM3.00/ekor.
Walaubagaimanapun ada juga terdapat puyuh
dijual dalam bentuk masakan lain di restoran.
- Promosi
Untuk menggalakkan perkembangan industri
ternakan puyuh pedaging, promosi perlu
dijalankan untuk mendedahkan pengguna kepada
khasiat dan keenakan daging puyuh. Jabatan
Perkhidmatan Haiwan melalui negeri-negeri
dan FAMA sering mengadakan promosi daging
puyuh bagi tujuan tersebut. Pengguna telah
didedahkan kepada khasiat dan keenakan
daging puyuh. Sambutan yang menggalakan dari
pengguna menunjukkan puyuh boleh diterima.
Penyebaran promosi masih lagi terhad kepada
pengguna dibandar. Walaubagaiamanapun,
pengusaha puyuh pedaging perlu juga
memainkan peranan untuk mencapai pengambilan
daging puyuh ketahap yang lebih tinggi
Piawaian Puyuh Pedaging
IKTA
Berat Hidup ( Purata Jantan dan Betina )
| 1 hari |
10 gram |
| 7 hari |
40 gram |
| 14 hari |
90 gram |
| 21 hari |
160 gram |
| 28 hari |
220 gram |
| 35 hari |
270 gram |
| 42 hari |
290 gram |
Kadar Penukaran Makanan
| 7 hari |
1.07 |
| 14 hari |
1.58 |
| 21 hari |
1.89 |
| 28 hari |
2.18 |
| 35 hari |
2.64 |
| 42 hari |
3.03 |
Kadar Kematian ( Kumulatif )
| 7 hari |
1.07 - 1.90 |
| 14 hari |
1.58 - 2.90 |
| 21 hari |
1.89 - 3.90 |
| 28 hari |
2.18 - 4.90 |
| 35 hari |
2.64 - 5.90 |
| 42 hari |
3.03 - 6.50 |
Senarai Pengusaha Puyuh
Baka/ Bekalan Anak Puyuh
| Nama |
Alamat |
Telefon |
| Ishak bin Zainon |
Bt.17, Jalan Naka
06760 Pokok Sena
Kedah |
04-7821605 |
| Shahridzo bin Md Eunos
|
d/a Ladang Infoternak
Jabatan Haiwan Negeri Perak
31100 Sg. Siput (U)
Perak |
05-8914706 |
| Mohd Fauzi bin Mohd
Yusof |
d/a Ladang Infoternak
Jabatan Haiwan Negeri Perak
31100 Sg. Siput (U)
Perak |
05-8914706 |
| Ruzlan bin Othman |
No.30, Jalan Kubur
Kg Cherang Lali
17500 Tanah Merah
Kelantan |
09-9556524 |
| Muhamad Kama bin Mohd
Amin |
Jalan Pengkalan Baru
Kg. Jeram
21200 Manur
Kuala Terengganu |
09-6151776 |
| Azri bin Haron |
Kg Bayas
Ulu Melaka
07000 Langkawi
Kedah |
04-9652387 |
| Jamaludun bin Ali |
Lot 278, Kg Bahru
27000 Jerantut
Pahang |
09-2671018 |
Senarai Pengusaha Bekalan
Puyuh Proses
| Nama |
Alamat |
Telefon |
| Shahridzo bin Md Eunos
|
d/a Ladang Infoternak
Jabatan Haiwan Negeri Perak
31100 Sg. Siput (U)
Perak |
05-8914706 |
| Mohd Fauzi bin Mohd
Yusof |
d/a Ladang Infoternak
Jabatan Haiwan Negeri Perak
31100 Sg. Siput (U)
Perak |
05-8914706 |
| Ruzlan bin Othman |
No.30, Jalan Kubur
Kg Cherang Lali
17500 Tanah Merah
Kelantan |
09-9556524 |
| Muhamad Kama bin Mohd
Amin |
Jalan Pengkalan Baru
Kg. Jeram
21200 Manur
Kuala Terengganu |
09-6151776 |
| Azri bin Haron |
Kg Bayas
Ulu Melaka
07000 Langkawi
Kedah |
04-9652387 |
| Jamaludun bin Ali |
Lot 278, Kg Bahru
27000 Jerantut
Pahang |
09-2671018 |
| Nasiman bin Kassan
|
Jalan Nasiman, Kg. SC
Sg. Tiram, Johor Bahru |
|
| Harun/Idris bin Baba
|
Kg. Pengkalan Pauh,
78100 Lubok China,
Melaka |
06 - 6967981 |
| Hj. Daud Muhamad |
Jalan Lubok Rotan
17500 Tanah Merah,
Kelantan |
|
|