Penduan Menternak Itik
Penelur
Menternak itik tidaklah
begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya
hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara
pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan
dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.
PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan
pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau
pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya
hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
mempunyai daya hidup yang tinggi
bebas dari kecacatan
penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 -
300 biji setahun)
menghasilkan telur yang berkualiti
berat antara 65 - 75 gm sebiji
kulit telur adalah keras
warna kuning telur kemerah-merahan
saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di
antara 1.3 - 1.8 kg
ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki
Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.
|
 |
 |
|
Khaki Campbell |
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
1. Peredaran
udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat
menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia
dari najis itik
2. Saiz
rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak
dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit
atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa
ialah 3 - 4 kaki persegi.
3. Seelok-elok
ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih
kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu
perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu
ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di
dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan
tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya
kotor dan hilang.
4. Rumah
itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah
penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul
telur.
PERALATAN
Induk
palsu antaranya:
Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
Sarang bertelur
Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh
makanan dan sebagainya
PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan
kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor
yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos
pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai
jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di
dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
1.
Makanan komersil
2.
Makanan campuran
sendiri
1.Makanan
Komersil
Ialah makanan
yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang
mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan
jenis ternakan.
|
Umur
|
Jenis Makanan
|
Kandungan |
|
Protin |
Tenaga |
|
0 -
2 minggu |
"Duck Starter" |
20 % |
2700-3000 |
|
2 -
3 minggu |
"Duck Starter" dicampur "Duck Grower" |
- |
- |
|
4 -
16 minggu |
"Duck Grower" |
16 % |
2500 - 2800 |
|
16
minggu dan semasa bertelur |
"Layer" |
17 % |
2600 - 2900 |
2.
Makanan Campuran Sendiri
Satu rumusan
makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan
yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan
kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:-
Beras hancur
(temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang
soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung,
synthetic pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan
makanan seperti berikut:-
|
Umur |
|
|
0 - 4 minggu |
1.2
kg. - 1.6 kg. |
|
5 minggu - 22 minggu |
11.0
kg - 11.8 kg |
|
22 minggu ke atas
(semasa bertelur) |
160
hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari |
Bagi itik telur,
mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu.
Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat
badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang
bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik
Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah
dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit
iaitu:-
Menjaga kebersihan ladang setiap masa
Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat " antistress"
harus diberi pada umur itik 1 - 3 hari.
Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk
rawatan atau pun di takai
Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress
sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat
tanda-tanda penyakit.
KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya
boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan
juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan
tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda
asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan
sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus.
memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih
kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 - 4
jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di
dalam bangsal.
Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250
watt/1000 kaki persegi.
Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time
switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.
PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek
pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima
dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini
melibatkan pengendalian:
Persediaan sebelum ketibaan anak itik
Pemeliharaan semasa perindukan
Pengurusan semasa membesar
Pengurusan semasa bertelur
Persediaan
Sebelum Ketibaan Anak Itik
Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter
garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal
3 - 4 inci.
Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 - 3 jam
sebelum anak itik sampai.
Pemeliharaan
Semasa Perindukan
Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2
jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
Masa perindukan adalah selama 20 - 25 hari. Pasangkan alat
pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk
menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
Beri antistress selama 3 hari.
Beri makanan duck starter crumble tanpa had
Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah
bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar
Keluarkan alat pemanas dan pembentung
Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan
campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 -
2800k/cl
Timbang 2 - 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan
berat .
Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan
makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh
bertelur.
Pengurusan Itik
Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh
itu :-
Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan
campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl.
Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu
atau 4 - 5 minggu sebelum bertelur.
Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm
sehari /ekor.
Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok
dicampur sama
Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment
boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg
makanan campuran sendiri)
Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak
bertelur merata-rata
Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
Semak keperluan cahaya mengikut umur itik
PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik
ialah :-
Telur
Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek
tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan
dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini
boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur
yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 - 15.0.
Telur Masin
Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau
disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di
bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD
Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah
satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan
satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu
projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya.
Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk
merancang masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan
Rekod pemeliharaan/pengurusan
Rekod kewangan
Note:
Penghargaan kepada Pn.Aminah & Che Leong
bekas rakan web saya yg menyusun articles ini.