 |
 |
 |

PANDUAN PENTERNAKAN
LEMBU PEDAGING
AKTIVITI
PEMBIAKAN
- PEMBIAKAN
- Pengurusan
Cara pengurusan lembu daging adalah lebih mudah
jika dibandingkan dengan lembu tenusu. Ada 4
cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk
pembiakan lembu daging:
-
Cara meragut
lepas bebas
Lembu-lembu
dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput,
sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini
termasuklah meragut di tepi-tepi jalan. Cara
ini kurang baik kerana;
-
selalu
merosakkan tanaman orang lain
-
kemungkinan
dilanggar kereta atau luka oleh
kemalangan
-
makanan
hanya bergantung kepada rumput di
kawasan ragutan yang kemungkinan tidak
memadai
-
perhatian
sukar diberikan kepada setiap ekor lembu
yang dipelihara.
Namun begitu
cara ini amat sesuai bagi penternak/
pengusaha yang mempunyai keluasan padang
ragut sendiri yang mencukupi. Ini memudahkan
lembulembu membiak kerana ia bebas bergaul
dengan lembu-lembu jantan.
- Cara
Berkurung atau Fidlot
Dengan cara ini
lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam
kandang, dengan mendapat makanan bermutu
secukupnya, air yang bersih pada setiap masa
dan garam secukupnya. Makanan yang diberikan
sama ada rumput atau dedak atau campuran
kedua-duanya diberikan pada kadar berat
kering 3 - 5% dari berat badan lembu setiap
hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada
sebelah pagi dan dedak diberikan pada
sebelah petang. Ruangan lantai yang
diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi
bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih
adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan
menjaga kebersihan persekitaran.
-
Cara Separa
Intensif
Cara ini lebih
sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu
yang dipelihara dibenarkan bebas meragut
sama ada di kawasan rumput yang berpagar
atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh
masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau
balik ke kandang untuk makanan tambahan dan
berteduh di sebelah malam. Ini bermakna
penternak perlu menyediakan kandang malam
dan kawasan meragut yang mencukupi.
- Cara
Integrasi Dengan Tanaman Utama
Di negara kita
kawasan yang bertanam dengan tanaman utama
seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan
dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman
ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai
yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai
digunakan bagi mengawal tanaman itu.
Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan
wang untuk merumpai di samping mengurangkan
kos pembajaan ladang. Dengan ragutan
berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit
dapat menampung seekor ternakan dewasa.
- Pemilihan
Kawasan
Menternak lembu secara integrasi dengan kelapa
sawit adalah satu cara penternakan lembu
pedaging yang paling sesuai. Biasanya ternakan
ini tidak akan merosakkan tanaman kelapa sawit
atau buahnya. Kawasan mestilah mempunyai cokup
rumput untuk menampung bilangan ternakan yang
akan dipelihara. Pagar keliling ladang mestilah
baik bagi mengelakkan kecurian atau ternakan
terlepas dan memasuki kawasan lain. Sistem yang
sangat digalakkan ini, hanya memerlukan sebuah
kandang yang terbuka bagi menyimpan ternakan di
waktu malam.
Walaupun kawasan yang boleh ditanam rumput
adalah yang paling sesuai, akan tetapi ia
memerlukan kos pembangunan yang tinggi. Kecuali
keluasan tanah tersebut cukup besar bagi
menampung unit komersial, penternakan lembu
pedaging secara ini tidak akan menguntungkan.
Keluasan kawasan tersebut bergantung kepada cara
pengurusan dan banyaknya lembu pedaging yang
akan dipelihara.
- Kawasan
Ragutan
Tanah perlu dibajak dan digemburkan sebelum
menanam rum-put bagi menentukan pertumbuhan
rumput yang baik. Selepas membajak, tanah
dibiarkan selama dua minggu sebelum disisir atau
disikat sambil mencampur kapur pada kadar 1 tan
seekar. Dua minggu kemudian, kerja menggembur
tanah pula dijalankan. Setelah selesai, baja TSP
pada kadar 100 kg/ekar dan benih rumput
kira-kira 5 kg. seekar bolehlah ditabur.
Baja, kapur dan benih dicampurkan semasa proses
penyediaan itu bagi menjimatkan masa kerana
tempoh rehat 2 minggu selepas tiap-tiap proses
adalah penting. Benih rumput secara keratan
boleh juga ditanam secara barisan atau taburan,
akan tetapi cara-cara proses penyediaan tanah
adalah serupa.
Bagi penternak secara integrasi dengan tanaman
utama, penyediaan kawasan ragutan adalah tidak
perlu kerana rumpai asli telah sedia ada.
- Panduan
Perumahan
-
Pembinaan Kandang
Kandang yang
baik cuma perlu mempunyai atap/bumbung yang
tidak ditembusi air dan lantai yang mudah
dibersihkan serta perparitan yang memuaskan.
Saiz kandang 30 kaki persegi cukup untok
seekor lembu, bermakna bagi 10 ekor lembu,
kandang 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8-10
kaki adalah memadai. Bahan-bahan tempatan
seperti buluh, kayu hutan, atap nipah boleh
digunakan untuk menjimatkan belanja
pembinaan.
- Palung
Makanan dan Minuman
Setiap kandang
harus mempunyai palung makanan dan minuman
yang cukup. Ruangan makanan ialah 1.5 kaki
seekor dan ruangan minuman pula ialah 1 kaki
tiap-tiap seekor.
Beberapa jenis
palung makanan dan minuman boleh digunakan.
Beberapa contoh ada ditunjukkan seperti di
Lampiran 3.
- Pasung/Trevis
Pasung atau
trevis digunakan untuk membuat pemeriksaan,
rawatan atau permanian beradas setiap ekor
lembu di masa-masa perlu. Ini berupa pagar
yang kukuh sebesar salz seekor lembu, yang
apabila seseekor lembu dimasukkan ke
dalamnya, lembu itu tidak akan dapat meronta.
- Makanan dan
Air Minuman
Seekor lembu memerlukan kira-kira 20 - 30 kg.
rumput sehari. Lembu boleh hanya bergantung
kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik.
Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian
perlu diberikan. Makanan tambahan dapat
mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan,
tetapi harganya mahal. Hasil buangan pertanian
yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan
tambahan, contohnya; kulit koko, hampas kelapa
sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu,
jerami padi, batang sagu dan sebagainya. Batu
garam atau garam biasa dan air minuman yang
bersih perlu diberikan setiap masa.
- Kawalan
Kesihatan
Mengawal adalah lebih baik dari mengubati
penyakit. Lembu yang sihat akan memudah
pengurusan dan menambah hasil pengeluaran.
Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan
sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga
kebersihan kandang dan memberi makanan yang
bermutu secukupnya.
Penyakit yang biasa terjadi kepada lembu-lembu
di negara ini ialah luka, serangan cacing dan
parasit-parasit luar badan dan di dalam darah.
Bagi mengatasinya, jauhkan lembu dari
benda-benda tajam, berikan ubat cacing 2-3 kali
setahun dan semburkan ubat kutu tiap-tiap 2
bulan sekali.
Anak-anak lembu pula mudah dijangkit kuman di
pusat. Ini dapat dielakkan dengan merawat
pusatnya dan talipusat sebaik sahaja anak-anak
lembu dilahirkan.
Tanda-tanda am lembu mula berpenyakit adalah:
- tidak ada
selera makan
- pucat
- keluar
lendir/air dari mulut atau hidung
- berak cair
- berlaku
sebarang kecacatan atau tidak normal ketika
berjalan.
Andainya salah satu dari tanda-tanda di atas
terjadi, Pejabat Perkbidmatan Haiwan yang
berdekatan perlu dihubungi segera untuk mendapat
nasihat pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
-
Kaedah Pembiakan
Lembu betina dara yang telah matang atau bibit
yang di dalam keadaan berahi sahaja yang boleh
dikahwinkan. Tempoh berahi selama 24 jam
perlulah diperhatikan dengan betul supaya tidak
berlaku kesiiapan. Sekiranya tempoh itu terlepas,
tempoh berahi berikutnya akan datang semula
dalam masa 18-24 hari (purata 21 hari).
Di antara tanda-tanda berahi ialah:
-
Sentiasa
berbunyi bising.
- Kemaluan
merah dan membengkak.
- Keluar
lendir dari kemaluan.
- Panjat
memanjat sesama sendiri.
-
Mengasingkan diri, gelisah dan kurang makan.
Lembu-lembu yang berjaya dikahwinkan tidak akan
menunjukkan tanda-tanda berahi selepas itu.
Selepas dua bulan, pegawai dari Pejabat Haiwan
boleh dipanggil membuat pemeriksaan bagi
mempastikan kebuntingan.
Selepas melahirkan anak, seekor lembu betina
boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi
pada 40-60 hari kemudian. Seekor lembu betina
tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5-6
kali beranak, atau pada umur 8-10 tahun.
- Penjagaan
Lembu Bunting
Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283
hari. Perhatian penuh perlu diberikan semasa
lembu bunting sarat. Makanan bermutu dan air
yang bersih dan cukup mesti diberikan kepada
bakal ibu yang telah diasingkan di dalam kandang.
Di antara tanda-tanda lembu hampir akan
melahirkan anak ialah :
-
Labu tetek
membesar.
-
Susu dapat
diperah dan berwarna kekuningan.
-
Pangkal ekor
kendur ke arah tulang punggung yang menjadi
renggang.
-
Bibir kemaluan
membengkak.
-
Sentiasa
gelisah.
-
Mengasingkan
diri dari kumpulan lembu-lembu lain.
Ketika ini, lembu perlu diasingkan ke dalam
kandang khas yang lantainya beralaskan
rumput-rumput kering. Tuan punya lembu perlulah
sentiasa memerhatikan tetapi tidak perlu
menghampirinya. Sekiranya lembu berkeadaan sukar
beranak, pegawai dari Pejabat Haiwan perlu
diberitahu untuk memberikan pertolongan di mana
perlu. Begitu juga selepas 24 jam melahirkan
anak, jika uri (placenta) tidak keluar dengan
sendirinya, keadaan ini perlu dirawat oleh
pegawai yang berpengalaman dari Pejabat Haiwan.
Anak-anak lembu yang lahir dalam keadaan yang
bersih, peluang jangkitan kuman melalui
talipusat adalah tipis, tetapi seelok-eloknya
talipusat hendaklah dirawat dengan iodin bagi
mempastikan sebarang keburukan tidak berlaku.
-
Penjagaan Selepas Kelahiran
Anak yang baru lahir mesti mendapat susu ibu
ulung (colostrum) sekurang-kurangnya bagi 4 hari
yang pertama. Penyusuan seterusnya boleh
diberikan sehingga 3 bulan di mana anak perlu
diceraikan dari ibunya. Secara perlahanlahan
anak itu harus diajar supaya memakan rumput dan
dedak sehingga dicerai terus dari ibunya.
Ceraian susu yang awal dapat menjamin kesubUran
sistem peranakan ibu untuk kebuntingan semula
dengan cepat.
Anak-anak pula perlu mendapat penjagaan rapi
bagi mempastikan pembesaran yang sempurna.
-
Penjagaan Anak Membesar
Anak jantan yang tidak diperlukan untuk
dijadikan baka, mestilah dikasi (dikembiri)
supaya tidak mengganggu pembiakan ibu-ibu lembu.
Gangguan ini boleh menyebabkan ibu-ibu
melahirkan anak-anak yang tidak bermutu. Selepas
dikasi biasanya anak jantan itu akan lebih cepat
membesar dan boleh segera digemukkan untuk
disembelih. Tanduk juga perlu dibuang supaya
tidak menimbulkan masalah pengendalian apabila
lembu itu besar kelak.
Anak betina yang sedang membesar pula harus
diperhatikan supaya mendapat pemakanan yang baik
dan tidak dikahwini sebelum mencapai umur
kira-kira 2 tahun.
-
Menjual Ternakan
Hasil dari penternakan secara pembiakan ini
adalah berupa jualan lembu singkiran untuk
disembelih, lembu dewasa untuk pembiakan
selanjutnya atau anak muda jantan untuk
dijadikan lembu pengganti.
-
Contoh Aliran Tunai
Jadual berikut menunjukkan beberapa contoh
anggaran aliran tunai mengikut bilangan lembu
yang dipelihara.
Anggaran Aliran Tunai Mengikut Bilangan Lembu
Dipelihara
| Lembu
Induk |
10
|
20
|
30
|
| Lembu
Baka |
1
|
1
|
1
|
|
| Anak (selepas
kematian 10%) 0-1 tahun |
7
|
14
|
22
|
| Jumiah
a.u |
17.5
|
33.25
|
50.25
|
|
Kemudahan kawasan ragut diperlukan (hektar)
|
3.41
|
6.47
|
9.78
|
|
| Modal:
Nilai Ternakan |
14,000
|
32,000
|
38,000
|
|
Pembinaan Kandang @ 100/au |
1,750
|
3,325
|
5,025
|
| Jumiah
|
15,750
|
29,325
|
43,025
|
|
Perbelanjaan Mengurus:
Rumput @ 40 kg/a.u/hari x 365 hari
@ 1 see/kg |
1,278
|
2,427
|
3,668
|
| Nilai
susut kandang @ 10%/tahun |
176
|
333
|
508
|
| Jumiah
belanja mengurus |
1,454
|
2,760
|
4,171
|
|
|
Pendapatan: |
| Jualan
Anak Jantan @ 150 kg x $3/kg
|
1,350
|
3,150
|
4,950
|
| Jualan
Lembu Dara @ $1,200 |
4,800
|
8,400
|
13,200
|
| Jumiah
pendapatan |
6,150
|
11,550
|
18,150
|
|
| Jumiah
Pendapatan ditolak Belanja Mengurus
|
4,696
|
8,790
|
13,979
|
| Nilai
Ternakan dipulang balik |
1,400
|
2,600
|
3,800
|
|
Pendapatan bersih/tahun |
3,296
|
8,790
|
10,179
|
|
Pendapatan bersih/bulan |
275
|
733
|
848
|
| |
|
|
Next |
Back |
|
|
|
|
Muka Utama
Organisasi
Sejarah
Perkhidmatan Berita
Hubungi Kami
|
|

 Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor
Lot 2, Jalan Utas 15/7, 40630 Shah Alam
Tel:603 55103900
Faks:603 55108927 (Bhg. Pentadbiran) 603 55108768 (Bhg.Kesihatan)
E-mel: webmaster@jphsel.gov.my
|
|
|
|
 |
 |