 |
 |
 |

PANDUAN PENTERNAKAN
LEMBU PEDAGING
FIDLOT (SISTEM BERKURONG)

- 6.1 Fidlot (Berkurung)
- Ringkasan
Projek
Penggemukan
dengan sistem fidlot menghendaki lembu-lembu
muda penggemuk sentiasa berada di dalam kandang,
diberi makanan yang bermutu dan air bersih
secukupnya; supaya ternakan itu cepat mencapai
berat yang sesuai untuk disembelih.
Dengan cara ini
anak lembu jantan muda pada berat asal antara
150-200 kg. akan digemukkan kepada berat akhir
antara 350-400 kg. dalam masa kira-kira 6 bulan.
Makanan bermutu yang digunakan berupa rumusan
tunggal seperti PKC atau campuran dedak PKC
dengan bahan-bahan makanan lain seperti rumput
dan sisa-sisa pertanian yang lain.
Menternak secara
fidlot ini adalah satu usaha bercorak komersial,
sama ada sebagai sumber pendapatan tambahan atau
sebagai usaha pendapatan utama yang dijalankan
sepenuh masa. Oleh kerana ia bercorak komersial,
penjimatan kos input dan kecekapan pengeluaran
hendaklah dititikberatkan. Semua kos adalah
tanggungan penternak dan tidak ada subsidi yang
diberikan oleh Jabatan Per-khidmatan Haiwan.
- Persediaan
Penternak
Seorang
penternak yang ingin mencebur diri di dalam
usaha ini harus mempunyai ciri-ciri berikut
- Berminat
- Mempunyai
kawasan tanah
- Mempunyai
modal
- Berupaya
mengerjakannya
- Mempunyai
pasaran
- Memilih
Kawasan
Kawasan yang
boleh dibinakan fidlot perlu mempunyai ciri-ciri
yang berikut:
- Cukup ruang
untuk mendirikan kandang; luas ruangan
kandang ialah 30 kaki persegi untuk seekor
lembu.
- Mempunyai
kemudahan jalan keluar masuk yang baik untuk
pengangkutan ternakan dan makanan.
- Mempunyai
kemudahan saliran untuk mengalirkan najis
dan basuhan kandang, supaya tidak mencemar
air kegunaan orang ramai dan mengotorkan
persekitaran.
- Mudah
mendapatkan air bersih untuk minuman dan
membasuh kandang.
- Terletak
jauh dari tempat kediaman supaya bau kandang
tidak mengganggu orang ramai.
- Berhampiran
dengan kilang membuat makanan yang akan
digunakan.
- Terletak
berhampiran dengan pasaran daging yang
berpotensial.
- Modal
Semua kos projek
akan ditanggung oleh penternak sendiri. Walau
bagaimanapun, beberapa cara penggunaan modal
boleh dijalankan seperti:
- Pembinaan
kandang dan alatan - modal penternak sendiri.
- Pembelian
lembu - modal sendiri atau perjanjian skim
penggemukan atau pinjaman bank.
- Bekalan
makanan - modal sendiri atau pinjaman bank.
Biasanya
kemudahan kredit jangka pendek bagi bekalan
makanan dapat diuruskan dengan pihak pembekal
bahan makanan.
- Tenaga Kerja
Bagi sebuah
fidlot kecil yang memelihara tidak lebih dari 50
ekor ternakan, tenaga penternak sendiri adalah
mencukupi bagi pekerja selama 3-4 jam sehari.
Tenaga anggota keluarga boleh juga membantu di
mana diperlukan.
Apabila usaha
menjadi sepenuh masa, kadar kecekapan
pengeluaran perlu ditingkatkan. Untuk itu,
seorang pekerja boleh mengendalikan sehingga 200
ekor ternakan sehari, dengan menggunakan
alatalatan pengurusan yang bersesuaian.
- Merancang
Pemasaran
la adalah paling
penting dikaji sebelum satu usaha fidlot
dimulakan. Kemudahan pemasaran mestilah
dipastikan terlebih dahulu supaya semua ternakan
yang dipelihara dapat dijual pada masa yang
dirancangkan, atau pada harga yang paling baik.
- Pembinaan
Kandang
- Luas
ruangan untuk seekor lembu di dalam kandang
konkrit ialah 30 kaki persegi. Misalnya,
kandang sebesar 30 kaki panjang dan 10 kaki
lebar dan 8 kaki tinggi adalah sesuai untuk
10 ekor ternakan.
- Untuk
kandang terbuka yang tidak berkonkrit,
keluasan yang lebih adalah diperlukan, iaitu
kira-kira 150 kaki persegi untuk seekor.
Kandang jenis ini adalah kurang sesuai di
negara ini kerana kadar hujan yang tinggi
dan mengganggu pengurusan dan menimbulkan
masalah kebersihan kandang.
- Sistem
perparitan dan kecerunan lantai adalah
penting sama ada ia kandang konkrit atau
kandang terbuka di atas tanah. Konkrit yang
baik juga diperlukan supaya lantai lebih
tahan lama dan tidak mencederakan ternakan.
Palung makanan mestilah terletak lebih
tinggi arasnya dari palung air.
- Seelok-eloknya terdapat pokok-pokok di
sekitar kandang untuk teduhan dan lindungan
dari angin.
- Contoh-contoh binaan kandang adalah seperti
di Lampiran 1 dan 2.
- Tiang dan
palang dinding kandang hendaklah cukup kuat
tetapi tidak semestinya dari kayu yang mahal.
Memadailah dari kayu lama atau kayu belahan
kilang yang kukuh. Kayu-kayu hutan yang baik
boleh mengurangkan belanja membina kandang.
Atap nipah atau zing boleh digunakan untuk
bumbung.
- Palung
makanan boleh dibuat dari konkrit atau lebih
murah lagi dengan menggunakan alat-alat
seperti Lampiran 3. Palung air juga boleh
dijimatkan dengan membuatnya dari bahanbahan
murah seperti Lampiran 3. Ruang makanan yang
diperlukan ialah 1.5 ka. tiap-tiap seekor
dan ruang untuk minuman ialah 1 ka.
tiap-tiap seekor.
- Bumbung
kandang hendaklah jenis yang dapat menahan
panas dan hujan dan memberi sistem
pengudaraan yang baik. Bagi kandang yang
besar, bumbungnya memadai dibina di atas
palung makanan sahaja.
- Stor Makanan
Tempat menyimpan
makanan yang berbumbung berlantai dan sentiasa
kering hendaklah disediakan. Seelok-eloknya
terletak berhampiran dengan kandang serta
mempunyai kemudahan untuk memunggah guni-guni
makanan. Pengudaraan yang baik juga diperlukan,
di samping ianya perlu bebas dari serangan tikus.
- Pengurusan
Tinja (Najis)
Sebuah takungan
pepejal tinja adalah diperlukan pada kadar
kira-kira 1 kaki padu seekor sehari. Takungan
ini dibuat bagi menampung basuhan kandang supaya
pepejal tinja dapat mendak dan hanya air yang
jernih sahaja keluar dari kawasan kandang. Bagi
fidlot yang lebih besar, sistem takungan tinja
dan pengudaraannya harus diubahsuai supaya
mengurangkan pencemaran. Pepejal tinja boleh
dikumpulkan setiap minggu untuk dijadikan baja
tanaman.
- Tempat
Memunggah dan Menimbang
Tempat memunggah
ternakan yang sesuai adalah diperlukan supaya
ternakan tidak tercedera dan mudah turun naik
lori. Ketinggian muka pintu harus disesuaikan
dengan tinggi lantai lori yang digunakan.
Tempat menimbang
pula diperlukan dan seelokeloknya bersekali
dengan tempat memunggah. Ini memudahkan
menimbang ternakan semasa ketibaan dan ketika
membuat jualan. Kecederaan semasa menimbang juga
dapat dikurangkan.
Menimbang
ternakan juga mungkin diperlukan dari masa ke
semasa, misalnya untuk tujuan memilih ternakan
yang telah sesuai dijual, atau bagi mengesan
ternakan yang sakit atau terbantut.
- Trevis/Pasung
Sebuah trevis
atau pasung diperlukan untuk mengawal ternakan
ketika membuat rawatan atau pemeriksaan.
Biasanya, tempat menimbang boleh digunakan juga
untuk tujuan ini.
- Kemudahan
Pengangkutan
Selain dari
jalan yang baik, kawasan kemudahan untuk lori
berpusing adalah penting, supaya tidak berlaku
kemalangan dan kecederaan ketika memunggah
ternakan dan makanan.
- Pengurusan
Fidlot
Ada dua sistem
pengurusan fidlot yang boleh diamalkan, iaitu:
- Sekali-masuk-sekali-keluar
Dengan cara
ini, satu kumpulan ternakan dimasukkan ke
dalam kandang dan apabila tempoh penggemukan
tamat, ternakan akan dijual sekaligus. Cara
ini memudahkan penternak merancang masa
pemasaran yang sesuai. Biasanya fidlotfidlot
kecilan sahaja yang mengamalkan cara ini,
kerana jumlah ternakan yang sedikit mudah
dijual secara serentak.
- Masuk-keluar berterusan
Dengan
sistem ini, kumpulan ternakan dimasukkan ke
dalam kandang secara berperingkatperingkat
mengikut tempoh tertentu, misalnya tiap-tiap
bulan atau dua bulan sekali. Hanya fidlot
besaran dapat menjalankan sistem ini, kerana
kandang-kandang perlu dipetak-petakkan
mengikut keperluan.
Dengan
sistem ini pembelian dan penjualan ternakan
dapat dibuat secara berterusan. Apabila
semua petak-petak berisi ternakan, jumlah
ternakan akan sentiasa tetap pada setiap
masa. Cara ini akan memudahkan pengurusan
dan kecekapan pengeluaran akan meningkat.
- Jenis-jenis
Ternakan
Semua anak
jantan baka pedaging dan baka tenusu boleh
dijadikan lembu pengganti untuk digemukkan di
dalam fidlot. Baka tempatan yang boleh digunakan
ialah Kacukan Friesian Sahiwal, Droughtmaster,
Kedah-Ke!antan, Brahman dan kacukan pedaging
dari baka-baka tersebut. Akan tetapi, baka
tempatan adalah terhad bekalannya. Oleh itu,
lembu pengganti dari baka Kacukan Brahman atau
Kacukan Komersial dari Australia (ACC) telah
diimport. Dari kajian yang dijalankan, baka ini
telah didapati sesuai digemukkan di dalam fidlot.
Lembu pengganti dari baka ini juga boleh
diimport dengan banyak dari Australia dengan
harga yang hampir setanding dengan lembu baka
tempatan.
- Menerima
Ternakan
- Sebelum
menerima ternakan, kandang mestilah telah
sempurna, siap dengan bekalan air dan
makanan untuk beberapa hari. Dua atau tiga
utas tali jerami sepanjang 20 kaki sebesar
jari adalah diperlukan untuk mengawal anak
lembu yang akan tiba, sekiranya diperlukan.
- Semua lembu
perlu ditimbang bagi mengetahui berat asal
dan direkodkan. Pemeriksaan menyeluruh
hendaklah dibuat kepada lembu-lembu dan
pastikan ternakan ini adalah sihat.
- Pemakanan
- Hampas
isirung palma (PKC) sebagai rumusan tunggal.
Pada
beberapa hari pertama, lembu-lembu mungkin
tidak memakan PKC, kerana ia makanan baru.
Oleh itu, PKC dikenalkan perlahan-lahan
dengan mencampurkan rumput. Gula hitam
(molasses) boleh dicampurkan jika perlu,
untuk merangsangkan lembu memakan PKC. Pada
biasanya, dalam tempoh seminggu, lembu-lembu
itu akan dapat memakan PKC semahunya tanpa
makanan lain. PKC hendaklah sentiasa ada di
dalam palung makanan. Ia ditambah dengan
kadar yang berpatutan supaya tidak membazir.
Cara membuat anggaran yang mudah ialah
dengan melihat sisa makanan sebelum menambah
makanan yang baru. Makanan hari sebelumnya
hendaklah hanya tinggal sedikit sahaja di
dalam palung. Makanan sisa itu hendaklah
diasingkan untuk ditaburkan di atas makanan
yang baru ditambahkan. Jangan dibuang
sisa-sisa makanan kerana ia merugikan.
- Rumusan
makanan Sisa Pertanian
Beberapa
jenis bahan sisa pertanian di negara ini
boleh digunakan sebagai campuran makanan
untuk lembu di dalam fidlot. Dari kajian
yang telah dibuat, beberapa campuran bahan
makanan berasaskan PKC boleh digunakan.
Beberapa contoh adalah seperti berikut: -
Contoh (i)
| Bahan Makanan
|
Berat (kg)
|
|
| Hampas Isirung Palma (PKC)
|
2.875
|
| Enapcemar Kelapa Sawit (POME)
|
2.0
|
| Tri-Calsium Phosphate (TCP)
|
0.05
|
| Kapur (Limestone)
|
0.025
|
| Garam dan Vitamin
|
0.025
|
|
| Jumlah
|
5.000
|
|
Contoh
(ii)
| Bahan Makanan
|
Berat Kering
(kg) |
Berat Basah
(kg) |
|
| Hampas Isirung Palma (PKC)
|
2.95
|
2.95
|
| Hampas sagu
|
2.03
|
13.53
|
| Limestone
|
0.02
|
0.02
|
|
| Jumlah
|
5.00
|
16.50
|
|
- Air
Air yang
bersih hendaklah sentiasa ada secukupnya di
dalam palung. Air telaga yang bersih atau
air dari bumi adalah lebih menjimatkan
daripada alr paip.
- Garam
Galian dan Vitamin
Garam galian
hendaklah dicampurkan bersama dengan kadar 1
- 1.5 kg. setiap 100 kg. makanan. Sebagai
gantian garam dapur atau garam TCP boleh
disediakan untuk dijilat.
- Membasuh
Kandang
Kandang ternakan
biasanya dibasuh sekali dalam sehari. Akan
tetapi, untuk menjimatkan belanja ianya boleh
dibasuh dua hari sekali sahaja. Untuk membasuh
kandang, air perigi yang dipamkan menggunakan
jentera pam air adalah lebih baik kerana ianya
lebih murah dan kuat tekanannya. Ketika membasuh,
pastikan air tidak membasahi palung makanan,
kerana ia akan menyebabkan makanan berbau dan
berkulat.
- Rawatan
Sambil membasuh
kandang dan memberi makanan, pemerhatian
hendaklah dibuat secara keseluruhan kepada
ternakan. Jika kelihatan ada lembu yang tidak
sihat, pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan
hendaklah dihubungi segera untuk bantuan rawatan.
- Tempoh
Penggemukan Tamat
Penggemukan
secara fidlot biasanya dijalankan selama enam
bulan. Ini bergantung kepada berat terakhir
dicapai oleh ternakan atau adanya peluang
pasaran dengan harga yang tinggi. Pada
bulan-bulan terakhir, pertambahan berat yang
menurun juga menunjukkan lembu-lembu sudah siap
untuk disembelih. Biasanya, berat maksimum yang
menguntungkan bagi lembu-lembu import yang
digemukkan ialah antara 350 kg. hingga 400 kg.
Sungguhpun demikian, lembu boleh juga dijual
pada berat yang kurang sekiranya ada pembeli
yang sedia membayar harga yang tinggi. Keperluan
pengguna dan kemampuan pembeli juga harus
diambil kira.
- Menjual
Ternakan
Penternak
digalakkan menjual sendiri ternakan
masing-masing di masa yang betul. Kriteria yang
digunakan bagi menentukan masa jualan ialah
berat hidup. Lembu boleh mula dijual apabila
mencapai berat badan antara 320 - 350 kg.
Format cara
jualan ini boleh diguna sebagai panduan:
- Jualan
sendiri:
Penternak
bebas menjual lembu hidup kepada sesiapa
yang dirasakan sedia menawarkan harga yang
baik dan menguntungkan.
- Sistem
lelong:
Beberapa
orang penyembelih diberitahu dan dipanggil
ke fidlot, sesiapa menawarkan harga yang
paling baik, penyembelih itu berjaya membeli
lembu.
- Melalui
Jabatan:
Pegawai Penyelaras Projek boleh membantu
untuk menjual ternakan kepada pembeli yang
lebih besar seperti FAMA atau Syarikat
Pembeli/Penyembelihan lembu yang besar
dengan mengambilkira kos pengangkutan.
- Menjual
Daging di Pasar/Pasar Tani:
Penternak
yang mendapat kemudahan gerai di Pasar Tani
atau Pasar Besar boleh menjual sendiri
daging lembu keluaran fidlot mereka. Dengan
cara ini tiap-tiap penternak dijangka
mendapat keuntungan yang lebih banyak.
Penjualan
hendaklah dilakukan melalui timbangan berat
hidup. Harga lembu yang dipelihara secara
fidlot sepatutnya lebih tinggi daripada
lembu-lembu biasa, kerana mutu dagingnya
lebih baik.
- Pengurusan
Kewangan
Sekiranya
penternak mendapatkan modal dan makanan secara
kredit, pembayaran balik kredit itu adalah
sangat penting dalam edaran kewangan projek.
Pegawai-pegawai
Penyelia Projek dari Jabatan Haiwan akan
memastikan pembayaran dibuat mengikut jadual dan
penternak mempunyai sistem akaun yang mudah
difahami semasa jualan. Pegawai-pegawai tersebut
akan mengasingkan bayaran untuk bank dan untuk
penternak bagi mengelakkan sebarang
penyelewengan. Akaun yang sistematik perlu
disimpan oleh Pegawai tersebut di peringkat
permulaan supaya mudah penternak mengambil alih
kemudian.
- Peringatan
Khas
Harus diingat,
bahawa penternakan secara fidlot ini adalah
usaha bercorak komersial. Segala kos dan
kecekapan pemeliharaan perlu diberi perhatian
supaya mendapat keuntungan. Jika diperbesarkan
aktiviti ini ianya boleh dijadikan sumber
pendapatan utama.
Segala
pembaziran input melalui makanan, air, bahan api,
pembinaan kandang hendaklah dielakkan. Jangan
menghabiskan masa berlebihan di kandang lembu.
Masa itu boleh digunakan bagi mencari satu
pencarian yang lain.
Harap bersabar
jika mendapati lembu yang baru tiba kelihatan
agak liar kerana ia belum sesuai dengan keadaan
sekeliling yang baru. Kandang dan kemudahan yang
kukuh, serta pemberian makanan dan air yang
cukup boleh menentukan kejayaan.
- Contoh
Aliran Tunai
Berikut adalah
contoh aliran tunai bagi satu unit fidlot yang
memelihara 20 dan 50 ekor lembu untuk dijadikan
panduan. Harga yang digunakan boleh berubah dari
masa ke semasa.
Andaian
Berat asal lembu
200 kg @ $3.30/kg. Berat akhir lembu 350 kg @ $3.30/kg.
Memakan PKC @ 5 kg sehari Kenaikan berat badan @ 0.8 kg sehari Harga PKC @ 25 sen sekg.
Pendapatan
| |
20 ekor
|
50 ekor
|
| |
(RM)
|
(RM)
|
|
Hasil
Jualan Lembu 350 kg x 20 x $3.30
|
23,100
|
57,750
|
| |
| Perbelanjaan
|
| i.
Pembelian anak lembu 200 kg x $3.00/kg x
20 |
13,200
|
33,000
|
| ii.
Kandang 60 ka x 20 ka (Susutan 5 tahun)
|
300
|
2,000
|
| iii.
Makanan (PKC) 940 kg/ @ $0.25/kg x 20
|
4,700
|
11,750
|
| iv.
Garam galian |
100
|
250
|
| v.
Kemudahan air, bahan api |
150
|
300
|
| |
|
| |
18,450
|
47,300
|
| vi.
Faedah Bank @ 10% |
1,845
|
4,730
|
| |
|
| |
20,295
|
52,030
|
|
| Pendapatan Bersih
|
2,805
|
5,720
|
|
- 6.2 Ragutan Separa Intensif/lntegrasi
Selain dari penggemukan lembu secara fidlot,
penggemukan juga boleh dibuat secara ragutan separa
intensif atau secara integrasi. Dengan cara ini,
penternak tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal
untuk membeli makanan ternakan. Sebaliknya, lembu yang
dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan
rumput yang berpagar atau di kawasan rezab ragutan di
dalam tempoh yang dihadkan atau di bawah tanaman utama
khasnya kelapa sawit. Lembu-lembu dihalau balik ke dalam
kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di waktu
malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang
malam dan mempunyai kawasan meragut yang mencukupi.
Untuk penggemukan jenis ini, hanya anak lembu jantan
baka tempatan yang sesuai, kerana ternakan itu telah
jinak dan dapat menyesuaikan diri kepada keadaan
persekitaran tempatan. Baka-baka lembu jenis
Kedah-Kelantan dan kacu kannya, Kacukan Friesian
Sahiwal, lembu L.l.D., Droughtmaster dan kacukan Brahman
tempatan boleh dipelihara untuk tujuan ini.
- Kandang
Keperluan ruangan kandang adalah sama seperti
kandang untuk penternakan fidlot. Seekor lembu
penggemuk memerlukan 30 kaki persegi. Jika kandang
berlantai konkrit agak mahal, kandang tidak
berlantai boleh digunakan dengan syarat mempunyai
saliran yang baik dan dijaga supaya sentiasa bersih
dan kering.
Palung air yang baik hendaklah ada bagi
membekalkan air bersih secara berterusan. Palung
makanan diperlukan bagi pemberian dedak tambahan dan
garam galian. Ruangan makan ialah 1.5 kaki seekor,
sementara ruangan minum ialah satu kaki seekor.
- Makanan
- Rumput
Banyak kawasan-kawasan seperti di ladang
kelapa sawit, kelapa, dusun ataupun di tepi-tepi
taliair yang ditumbuhi oleh rumput semulajadi
yang tebal dan menghijau. Kawasan rumput ini
boleh dijadikan sumber makanan anak-anak lembu
jantan penggemuk. Kawasan tersebut perlu dipagar
dan ragutan hendaklah dijalankan dengan cara
yang teratur.
Jumlah lembu yang boleh dipelihara dalam satu
hektar kawasan bergantung kepada banyaknya
rumput yang ada untuk diragut. Di dalam ladang
kelapa sawit misalnya, seekor lembu penggemuk
memerlukan kawasan seluas di antara 1-4 hektar.
Menanam rumput khas untuk ragutan lembu
penggemukan jenis ini adalah tidak digalakkan.
Ini adalah disebabkan belanja pembangunan dan
penjagaan padang ragut adalah sangat tinggi
memadai dengan penjagaan rumput semulajadi
dengan sistem ragutan yang teratur dan pembajaan
yang cukup.
- Dedak
Makanan tambahan berupa dedak bolehlah
diberikan pada kadar 2 kg seekor sehari,
sekiranya kewangan mengizinkan dan bekalan mudah
didapati. Banyak hasil-hasil sampingan pertanian
seperti hampas isirung palma (PKC), enapcemar
kelapa sawit (POME), molasses, hampas kacang
soya, hampas sagu, dedak beras dan sebagainya
boleh digunakan dengan belanja yang murah di
beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
Makanan tambahan tersebut boleh diberikan secara
tunggal atau dirumus supaya seimbang. Bentuk
rumusan adalah serupa seperti rumusan untuk
lembu fidlot.
- Penggemukan Tamat
Penggemukan secara ragutan separa intensif akan
memakan masa di antara 8 hingga 12 bulan bergantung
kepada berat asal anak lembu jantan dan jenis
makanan diberikan.
Biasanya, anak lembu berumur purata 10 bulan
dengan purata berat asal pada 150 kg akan dapat
mencapai berat akhir 300 kg dalam tempoh 10 bulan;
dengan meragut rumput semulajadi dan memakan dedak
tambahan. Tempoh akan lebih panjang jika tidak
memakan dedak tambahan.
- Pinjaman Bank
Modal bagi projek seperti ini boleh diperolehi
dari Bank Pertanian atau mana-mana bank perdagahgan
di Malaysia. Tempoh dan cara bayaran balik serta
kadar faedah boleh dirundingkan dengan pihak
pengurusan bank.
- Contoh Aliran Tunai
Sebagai contoh, berikut ialah aliran tunai bagi
satu projek penggemukan ragutan separa intensif yang
memelihara 10 ekor.
Andaian
Berat awal lembu 150 kg @ $3.30/kg.
Berat akhir lembu 300 kg @ $3.30/kg.
Memakan PKC @ 2 kg sehari @ $0.25/kg.
Pendapatan
| |
RM
|
|
| Jualan lembu 300 kg x $3.30/kg x 10
|
9,900
|
| |
| Perbelanjaan
|
| |
| a. Pembelian anak lembu 150 kg x
$3.30/kg x 10
|
4,950
|
| b. Kandang 30 ka x 10 ka (susutnilai
5tahun)
|
100
|
| c. Makanan, PKC 600 kg x $0.25 kg x 10
|
1,500
|
| d. Garam galian
|
50
|
| e. Kemudahan air, bahan api dll.
|
300
|
| |
|
| |
6,900
|
| f. Faedah bank@ 10%
|
690
|
| |
|
| Jumlah Perbelanjaan
|
7,590
|
|
| Pendapatan Bersih
|
2,310
|
|
|
Pilehan Muka |
Muka Berikut |
|
|
|
Next |
Back |
|
|
|
|
Muka Utama
Organisasi
Sejarah
Perkhidmatan Berita
Hubungi Kami
|
|

 Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor
Lot 2, Jalan Utas 15/7, 40630 Shah Alam
Tel:603 55103900
Faks:603 55108927 (Bhg. Pentadbiran) 603 55108768 (Bhg.Kesihatan)
E-mel: webmaster@jphsel.gov.my
|
|
|
|
 |
 |