Baka KambingUnjurun Fizikal


PANDUAN PENTERNAKAN KAMBING

 

 

PENGENALAN BAKA-BAKA KAMBING

Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:
  1. Kambing Kacang (Katjang)
  2. Jamnapari/Ettawah
  3. Anglo Nubian
  4. Kacukan
  5. Saanen

 

 
BAKA-BAKA KAMBING

Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badan yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu. Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:
  1. Kambing Kacang (Katjang)
  2. Jamnapari/Ettawah
  3. Anglo Nubian
  4. Kacukan
  5. Saanen

Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu.

 

 

Kambing Kacang (Katjang)

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 1.6 kg Betina 20 - 25 kg
Betina 1.8 kg Jantan 25 - 30 kg

  

Ciri-ciri:-
  • asal dari Malaysia dan Indonesia. 
  • badan yang kecil dan pendek
  • tanduk melentur ke atas dan ke belakang. 
  • Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina. 
  • Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
  • Leher pendek dan bahagian belakang  lebih tinggi dari bahu  purata ketinggiannya ialah 50-60 cm
  • Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna  hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan.
  • Kelahiran kembar .
  • Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.
 
 
 

Kambing Jamnapari

  

Ciri-ciri:-
  • Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang
  • tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,
  • bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.
Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3 - 4 kg  Jantan 68 - 91 kg
Betina 3-4 kg  Betina 36-63 kg
 
 
 

Kambing Anglo Nubian

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3.5 kg Jantan 70 - 85 kg
Betina 3.9 kg Betina 55 - 70 kg

  

  • tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.
  • Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
  • Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah. 
  • Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm. 
  • Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek. 
  • Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.
 

Kambing Kacang

  

Berat lahir Berat dewasa
Jantan 2 - 2.5 kg  -
Betina 2 - 2.5 kg  -
Ciri-ciri:-
  • Hasil dari kacukan kambing Kacang dan baka-baka luar negara seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine.
  • Kebanyakan kambing yang dilihat di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cuma 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.
  • Rupa bentuk mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. 
  • Berat badan 18 - 25 kg. dalam lingkungan umur setahun. 
  • Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang.
 

 

Kambing Saanen

  
Berat Lahir Berat Dewasa

Jantan 3.0 kg

Jantan 68-91 kg

Betina 3.3 kg

Betina 36-63 kg

Ciri-ciri:
  • berasal dari Lembah Saanen di Switzerland.
    Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik
    hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. 
  • Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
  • Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
  • Ekornya tipis dan pendek.
  • Tanduk pada kedua jantina
  • Kekacang di leher
  • Hasil Susu-500kg-1,200 kg dalam tempoh 250 hari
 

 

GARIS PANDUAN ASAS PENTERNAKAN KAMBING

Kandungan

1.Pemilihan Kambing

2.Lokasi

3.Sistem Pengurusan

4.Infrastruktur

5.Pengurusan ternakan

6.Pengurusan Am

7.Jenis Penyakit

8.KAedah Pembiakan

9.Makanan Minuman

10. Lampiran rekod/ Aliran Tunai

 

 

1.      Ciri Pemilihan Kambing

1.1              Bentuk tubuh & fizikal

 

Ciri-ciri

Aggaran ukuran

Badan

Sederhana besar (3/5)

Pengeluaran susu

1.5-2 kg/hari

Tumbesaran

100gm-130gm/hari

Berat lahir anak Betina

1.2-1.8kg

BErat lahir anak Jantan

1.5-1.8kg

BErat Dewasa Betina

20-40kg

BErat Dewasa Jantan

25-50kg

Umur KEmatangan BEtina

6 bula berat 18-23kg

Umur Kematangan Jantan

9        bulan berat 28-32kg

 

1.2 Pemilihan baka yang baik berasaskan:

·      Baka dan keturunan yang diketahui

·      BEntuk badan atau konformasi yang ideal (3/5)

 

1.3 Pemilihan untuk tujuan pengeluaran daging

i)     Pusat pengeluaran induk dan penjantan

ii)    Penggemukan- projek pengeluaran daging pada usia 6 bulan untuk disembelih dan memcapai berat hidup minimum 30 kg

 

2     Lokasi

Lokasi

·      Kawasan ladang berjaraj >20m dari kawasan perumahan dan Bandar

·      Tempat terbuka, perudaraan baik dan sinaran cahaya matahari

·      Kawasan tinggi, tidak mudah banjir atau berair

·      KEselamatan terjamin

 

3     Sistem pengurusan

 

i)     Sistem Intensif (Berkurung)

·      Kandang yang sempurna , makan minum disediakan sepenuhnya didalam kandang

·      Tidak dilepaskan meragut, rumput potong diberikan 500gm /seekor/hari

·      Tidak perlu kawasan luas, hanya kawasan kandang dan tapak tanaman rumput

·      Ternakan lebih sihat dan kurang terdedah kepada masalah cacaing

·      Pengeluaran daging lebih tinggi kerana kurang tenaga digunakna haiwan untuk berjalan meragut dan ternakan mudah diawasi

·      KAndang perlu sentiasa bersih dan bekas makan perlu kerap dicuci dengan disinfektan bagi mengurangkan mikro-organisma/jangkitan

 

ii)    Sistem Separa Intensif (Separuh BErkurung)

·      Kandang yang sempurna

·      Ternakan (induk dan penjantan sahaja) dilepaskan meragut selama 2 jam sehari (petang)

·      Kawasan ragut 100 ekor/1 ekar rumput yang ditanam

·      Kandang anak kecil dapat dibersihkan ketika ketiadaan induk

 

4        Infrastruktur

4.1  Faktor yang perlu diambil semasa perancangan dan pembinaan kandang:

 

i)           Jika lebih 2 kandang- pembinaan dibuat pada jarak lebar kandang tersebut untuk mengelakkan jangkitan penyakit

ii)          Sistem pengudaraan yang baik

iii)        Tapak terletak ditanah yang tinggi untuk megelakkan banjir ketika hujan dan system perparitan yang baik

iv)      KAndang mestilahs entiasa kering dan tidak mudah lembab untuk megelakkan kulat

v)        TErpelihara dari hujan dan panas dan lantai yang bersesuaian

vi)      Ruang makanan dan minuman yang mencukupi ( ruang makanan di laluan tengah kandang, minuman di pinggir tepi kandang, bekas minuman/ nipple drinker)

vii)     KEselamatan terjamin daripada gangguna manusoia dan binatang buas

viii)   Pagar keliling kawasan ladang diperlukan untuk mengelakkan pencerobohan atau kambing terlepas

 

4.2 Pembinaan kandang:

1.         Lantai

·   Dibuat daripada kayu beroti berukuran 1’’ x 2’’

·   Jarak antara kayu lantai 1.2-1.8cm (cukup untuk najis jatuh dan kaki ternakan tidak telus ke bawah)

·   Keluasan lantai kandang untuk 1 pen ialah 9-10 kaki persegi

2.         Dinding

·   Kayu beroti resak 1’’ x 2’’ x 4’

3.         Bumbung

·   Atap asbestos atau aluminium untuk udara sejuk

·   Rekabentuk bertingkat/bersilang untuk perudaraan

·   Ketinggian hujung kayu alang bumbung daripada lantai 8-9 kaki

4.         Tiang

·   5.5-6 kaki dari tanah

·   ˝-1 kaki tinggi pelapik tiang

·   SAiz tiang 4’’ x 4’’ x 14’

·   9 kaki tinggi daripada lantai ke hujung kayu alang

5.         Palong makanan

·   Palong makanan daripada plastic

·   Mudah, tahan lasak dan bersesuaian

·   Palong plastik untuk dedak makanan (senang dicuci/dibersihkan)

·   Palong rumput saiz 5 kaki x 28’’ x 4 kaki persegi (kayu beroti resak 1’’x2’’)

 

6.         Palong minuman

Palong plastic atau automatic (nipple drinker) untuk memastikan bekalan air bersih dan menjimatkan

 

7.         Magic box

·   Saiz 3kaki x 3kaki x 4 kaki tinggi ( 9 kaki2 luas)

·   Untuk asingkan ibu dan anak yang baru lahir 7-10 hari

·   Mengasingkan ternakan yang sakit dan lemah (pastikan dibersihkan dengan disinfektan selepas digunakan untuk yang sakit untuk elakkan jangkitan)

·   Boleh digunakan dan disimpan dengan mudah’

 

5        Pengurusan Ternakan

 

5.1  Lahir – 1 bulan

 

·   Dibantu sekiranya terdapat komplikasi semasa bersalin, hubungi pegawai veterinary daerah untuk bantuan kecemasan

·   Susu kolostrum MESTILAH diberikan dalam masa 4 jam selepas dilahirkan untuk imuniti anak yang dilahirkan

·   Anak dibiarkan menyusu sendiri, sekiranya gagal, susu perlulah diperah dan diberikan melalui botol

·   Suu amatlah penting untuk antibody anak mengelakkan penyakit dan merangsang system pencernaan

·   Pusat anak disapukan iodine untuk meggelakkan jangkitan

·   Susu ibu diberikan selama 1-11/2 bulan kemudian kurangkan penyususan secara perlahan dan diajar memakan pellet

·   Penceraian susu boleh dibuat secara beransur pada 2 bulan dan makanan tambahan perlu diberikan concentrate feed

·   Kolostrum bank perlu disediakan untuk ibu yang tidak cukup susu atau kematian ibu

·   Sekiranya kolostrum tidak dapat diperolehi, campuran susu lembu/kambing + 2 titik minyak ikan dengan putih telur boleh menggantikan kolostrum. Berikan melalui botol susu empat kali sehari

·   Anak yang lemah diberikan meyusu dengan tiub perut dipam masuk ke dalam perut

 

5.2     Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa

·   Selepas cerai sus 11/2- 2 bulan anak dipisahkan daripada ibu

·   Diasingkan mengikut umur dan jantina ke petak lain

·   Makan dan minum dikawal rapi

·   Makanan diperlukan antara 100-250gm/hari

·   Air yang mencukupi dan rumput muda 200gm/hari

 

 

5.3     Pegurusan Dewasa

·   Anak yang dipsahkan mengikut petak dikenalpasti untuk tujuan daging atau pembiakan

·            Pemilihan anak betina yang baik dan sesuai untuk dibiakkan akan dibuat pada masa ini dengan ciri-ciri: Berat antara 18-20kg, umur 5-6 bulan, sihat tubuh badan dan sesuai dijadikan pembiak

·   Penjantan umur 9 bulan- 2tahun dimasukkan ke dalam petak ini ( 1jantan : 20betina selama 1-11/2 bulan selepas itu penjantan dipisahkan daripada kum[pulan betina ini

·   KEselarasan pengawanan boleh dilakukan dengan kaedah ‘Synchronize breeding” dan permanian beradas “Artificial Insemination”

·   Genap 2 bulan, pemriksaan kebuntingan boleh dilakukan untuk menentukan tahap kebuntingan

 

5.4     Anak Jantan baka

·   Dikenalpasti dan diasingkan.Setiap kumpulan sesuai untuk 10 ekor sahaja

·   Dipilih mengikut cirri yang dikehndaki (Rujuk 1.1)

·   Disetiap peta, 1 jantan: 20 betina. Untuk anak jantan/betina daging diasingkan dan diberi kawalan rapi

 

5.5     Dara Bunting Pertama dan Lahir

·   Dara bunting diasingkan dalam 20 ekor 1 kumpulan

·   Palet diperlukan sebanyak 450-550gm/hari

·   Rumput ˝ kg/hari

·   Sediakan guni untuk kelahiran anak, atasi licin dan kesejukkan

·   Magic box digunakan untuk mengasingkan ibu dan anak baru lahir 7-10 hari

·   Pemerhatian kesihatan perlu dilakukan untuk menggelakan jangkitan penyakit atau kematian anak

·   PASTIKAN anak baru lahir mendapat kolostrum (susu awal) dalam tempoh 2 jam pertama selepas kelahiran

 

5.6     Ibu Bunting Dan Selepas Kelahiran

·   Diasingkan dalam Magic box 7-10hari dalam petak yang sama menggelakan dipijak dan mudah diseliakan

·   Pastikan anak mendapat susu kolostrum dalam 2 jam pertama

·   Anak dan ibu diberi rawatan sekiranya perlu

·   Pallet 600gm/hari dan rumput ˝ kg/hari

·   Air bersih secukupnya untuk penghasilan susu mencukupi

 

5.7     Ibu dikahwinkan Semula Selepas Kelahiran

·      Ibu yang telah melahirkan anak akan dikahwinkan semula setelah diceraikan susu di antara 30-50 hari

·      Dimasukkan semula ke dalam kumpulan 20 ekor induk bersama 1 jantan. Baka dipilih mengikut kacukan yang hendak dihasilkan

·      Selama proses pembiakan, ternakan tidak diturunkan ke padang ragut

·      Baka disimpan di petak ini selama 30-45 hari, kebuntingan akan diperiksa selepas 2bulan

 

5.8     Pengurusan Baka Jantan

·   Baka jantan diasingkan atau dalam kumpulan betina ( 1baka jantan: 20 betina) dalam 1 petak

·   Anak jantan yang boleh dijadikan baka perlu dikawal rapi, tidak boleh melebihi 10 ekor untuk 1 petak

·   Anak jantan yang berusia 9 bulanboleh dijadikan baka pejantan yang mencapai berat 30 kg ke atas

·   Selepas 1 baka jantan mengawan, ia direhatkan selama 1 bulan, beri peluang untuk pulihkan tenaga. Seekor baka pejantan boleh mengawan dengan anggaran 80 ekor betina setahun.

·   Kaedah Artificial Insemination (AI) adalah lebih digalakkan untuk pe,biakan secara seragam, dimana semen baka jantan akan dimasukkan secara menggunakan tiub ke dalam system pembiakan betina

·   Makanan dan minuman induk jantan perlu diawasi sentiasa

·   Setiap jantan ditukarkan selepas memberi perkhidmatan selama 2 tahun (10-12 perkhidmatan kumpulan betina)

·   Setahun= 6 kali di dalam kumpulan betina (selang 1 bulan direhatkan selepas perkhidmatan mengawan)

 

5.9     Pengurusan Penggemukan

·   Pemilihan untuk tujuan daging, penjagaan mudah

·   Perkara penting adalah, makan, minum, kandangyang baik dan mudah dilaksanakan

·   Anak kambing akan masuk dlama kumpulan ini pada usia 2 bulan dan dijual pada usia 6 bulan anggaran berat hidup 30 kg ke atas

·   Makanan diperlukan 150gm-650gm/hari/ekor

·   Rumput muda 200gm-500gm/hari/ekor

·   Satu petak kandang untuk 20 ekor betina dan 10 ekor jantan

·   Asingkan mengikut jantina

 

5.10 Pengurusan Kambing Sakit Dan Cedera

·   Ternakan sakit sakit diasingkan dengan Magic Box

·   Buat rawatan sendiri jika boleh dilakukan, jika tidakhubungi JPV berdekatan untuk bantuan

·   Buat langkah segera jika terdapat tanda-tanda serangan penyakit berjangkit yang melibatkan kelompok ternakan banyak. Jangan buang masa

·   Penyakit biasa adalah cirit-birit, kurap, cacaing, kutu jika ternakan dilepaskan meragut

·   Cirit-birit juga kerap berlaku bagi anak yang masih mneyusu. Sekiranya berlaku kurangkan pemberian susu berterusan, jadualkan masa menyusu anak bersesuaian dan asingkan anak ke dalam Magic box untuk meggelakan menyusu berterusa (tujuan untuk merehatkan perut)

 

6        Pengurusan Am

6.1 Kawasan

·        Kawasan kandang bersih dan system perparitan berfungsi baik

·        Najis yang dikumpulkan jangnan diletakkan terlalu dekat dengan kandang

·        Kawasan padang ragut dipagar untuk mengelakkan pencerobohan

 

6.2 Buruh

Tugasan pagi

-buangkan makanan dan rumput yang tidak habis

-Bersihkan kandang di atas dan di bawah

-Masukkan makanan yang baru

-Semasa kerja dilakukan, pemeriksaan kandang dan ternakan boleh dilakukan serentak

-Jika perlu dibuat tindakan, dilakukan segera

-Sabit rumput muda

 

Tugasan Petang

-Buang makanan dan runput yang tidak habis

-Masukkan makanan baru

Selepas pallet habis dimakan, masukkan sedikit rumput muda

Lakukan pemeriksaan kandnag dan ternakan

Buat tindakan jika perlu

 

6.3 Jadual Pengurusan

·        Penyelarasan tugas-tugas jangkapanjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa

·        Program pembiakan

·        Program beranak

·        Mematikan/potong tanduk

·        Pengkasian/memandulkan pedaging

·        Memotong kuku

·        Kawalan parasit/cacing

·        Penjagaa padang ragut (membaja, merumput, pusingan ragutan, penggunaan peralatan)

 

6.4 Tag Identiti Kambing

·        Kad rekod induk disediakan

·        Tag identity/penanda, tag telinga atau tattoo

 

6.5 Pengkasian/pemandulan

·        Umur 2-3 bulan, untuk jantan pedaging (lebih cepat gemuk)

·        Mempercepatkan pertumbuhan, tidak terlalu aktif/agresif

 

6.6 Potong Tanduk

·        Mematikan pertumbuhan tanduk peringkat anak untuk menguragkan kecederaan gaduh, keaktifan jantan, kurangkan pergaduhan dan kerosakkan kandang

 

6.7 Memotong Kuku

·        Terutama kepada kambing-kambing yang tidak lepas keluar

·        Untuk mengelakkan penyakit kuku dan sukar berjalan

 

6.8 Kawalan parasit

·        Kumpulan ternakan yang dilepas meragut terdedah kepada parasit seperti cacing, kurap dan kutu

·        Ternakan diberikan ubat cacing 3 kali setahun

·        Elakkan meragut rumput di awal pagi kerana larva cacing yang bayak di permukaan rumput, seeloknya dilepaskan meragut di waktu petang

·        Daun petai belalang dan semambu juga elok sebagai herba pencegah cacing

 

7                       Jenis Penyakit

7.1 Kesihatan Dan Kawalan Penyakit

MEngenal pasti kambing yang sakit atau sihat adalah sangat penting bagi pengusaha. Pada amnya, keadaan ini boleh dibezakan seperti panduan di bawah:

 

Kambing Sakit

Kambing Sihat

Monyok, keletihan dan tidak bermaya

Kelihatan segak dan cergas

Tidak mahu makan

BErselera makan

Mengasingkan diri

Sentiasa berada dalam kumpulan

Membuat Bising

Tenang

Najis lembik (tidak bulat berketul)

Najis keras dan bulat

Bulu kering dan meremang

Bulu licin dan berkilat

Kurus kering

GEmuk dan bertenaga

 

 

Penyakit

Tanda Klinikal

Rawatan

Pencegahan

Sakit Mata/ Conjuctivitis

-Mata merah berair

-KErap pada anak kambing 3 bulan pertama

-Antibiotik eye oinment

-Jauhkan anka kambing dari kawasan berdebu atau berabuk (serbuk dedak makanan)

-Elakkan anak kambingditempatkan dengan ternakan yang sakit

Hidung Berhingus

 

-Gunakan broadspectrum antibiotik

 

Kematian Sewaktu PEmindahan

-keadaan stress lebih terdedah kepada jangkitan kerana immunity badan lemah

-Berikan minuman anti-stress (minerals/vitamin/dose antibiotic yang rendah) 3 hari sebelum dipindahkan, dan 3 hari setelah ketibaan

 

Radang paru-paru (pneumonia)

-Bersin, batuk berlendir dan berhingus

-Sesak nafas, dan nafas berbunyi

-Demam, tiada nafsu makan

-Monyok

-Kematian mengejut

-Dapatkan bantuan pegawai Veterinar

-Rawatan bergantung pada tahap penyakit

-Asingkan ternakan ke kandang sakit

-Kurangkan stress

 

Puru (Contagious Ecthyma/Scab)

-GElembung cecair dan keruping merekah  pada mulut kambing, telinga, atau pun badan.

-Kupas/cabutkan keruping perlahan-lahan sehingga mampak kulit merah/luka sedikit

-Sapukan krim acriflavin, dan iodine pada luka tersebut

*keruping perlu dibuang sebelum disapu ubat, untuk direct cobtact, rawatan lebih berkesan.

-Asingkan ternakan yang berjangkit

-Pelalian menggunakan vaksin

Foot Rot (Kuku Membusuk)

-Tisu celah kuku membusuk/bengkak

-Tempang berjalan

Demam, tiada selera makan (Septicaemia)

-BErsihkan kuku yang sakit

-Rendam kaki dalam 5% kuprum Sulfat selama 30 minit 1x sehari untuk 3 hari berturut-turut

Pastikan semua ternakan melalui footbath 5% kuprum sulfat (cecair biru muda) sekali sehari selagi terdapat kes baru

-Pastikan lantai kandang sentiasa bersih dan kering

Caseous Lymphadenitis (CLA)

-Bengkak kelenja limfa (lymph nodes)

-Bonjolan di tepi leher/dagu, di kaki belakang

-Bonjolan bernanah/ luka

-Dapatkan bantuan daripada pegawai veerinar

-Antibiotik Long Acting

 

*AWAS: Elakkan menyentuh benjolan/cecair luka kerana ia boleh menyangkiti manusia(zoonotik). Gunakan sarung tangan ketika mengendalikan kes ini.

-Pastikan ternakan dibeli daripada sumber yang diketahui kesihatannya

-Kuarantin ternakan yang baru sampai sekurang-lurangnya 7 hari di kandang lain

-Pastikan lantai/kandang dibersihkan dengan dsinfektan sekiranya terdapat kematian/ kes ini.

Kembung (Tympany)

- Masalah diet

(lebih kekacang/ PKC)

-Pertukaran jenis makanan endadak

-Pembesaran perut disebelah kiri, bunyi kosong apabila diketuk (percuss)

-Resah, tiada selera makan

-Terbaring, pernafasan tinggi

-kematian

-Stomach tubing

-Anti-bloat

-Tebuk perut (trocha & canulla)

-Pengurusan amaun makanan yang berpatutan

Kurang DArah (Anaemia)

-Muka pucat-bibir, gusi,lidah, konjutiva

-Lemah, bulu meremang, tidak terurus

-bAdan Kurus

-Berikan ubat cacing sekiranya tidak deberikan

-Minerals dan zat besi

-Rawatan kutu sekiranya perlu

- Pastikan status rawatan cacing aktif

Luka-luka

-bergaduh

-Tercucuk benda tajam

-Maggot wound (ulat berengga)

- Cukur dan bersihkan kawasan sekitar luka

-Sapukan krim antibiotic / povidone krim

-Semburkan ubat cegah lalat ( Gusanex atau serbuk negasunt)

-Pastikan tiada bende tajam di dalam kandang

-asingkan penjantan dominan dan kambing jantan lain dalma kumpulan berbeza

Cacing

-Cirit-birit

-Pucat, dan dehydrate

-Badan lemah

-Berikan Ubat cacing 3x setahun

Ubat anti-diarrhoea

-Pengurusan ladang perlu dibaiki

 

8        Kaedah pembiakan

8.1 Umur Dan Berat Badan Kambing Mula Dibiakkan

-          Mula dibiak: Betina (5-6 bulan), berat 18-20kg

   Jantan (9-12 bulan), berat 30-35kg

-          Setiap kumpulan betina sebanyak 20 ekor dimasukkan jantan selama 1-11/2 bulan

8.2 Kaedah Pembiakan

-          Pembiakkan normal

-          Permanian Beradas (Artificial Insemination), dilakukan oleh pegawai veterinar daerah

8.3 Tanda-tanda berahi (On-heat)

Tanda-tanda mengenalpasti betina bersedia untuk pembiakkan:

-          Gelisah, mengibas ekor dan menggosok badan di kandang

-          Mengembek terus-menerus

-          Kemaluan membengkak, kemerahan dan mengeluarkan lender

-          Betina on-heat selama 12-48jam dengan kitaran berahi 18-24 hari (purata 20 hari)

 

8.4 Fakta Penting Pembiakan

 

Fakta Penting Pembiakan Kambing

Umur Jantan Matang

9 bulan (Berat hidup 28-40kg)

Umur Betina MAtang

5-6 bulan (Berat hidup 18-20 kg)

Umur Betina mula dikahwinkan

6 bulan

Teknik Pembiakan

Dengan Penjantan atau Permanian Beradas (A.I)

Purata Tempoh Bunting

150 hari

Jarak Antara Kelahiran

200-210 hari

 

9        Makanan Dan Minuman

9.1 Makanan

Makanan utama: CAmpuran PKC, bahan-bahan lain dan mineral

Seekor kambing dewasa memerlukan: Dedak (350-650gm/hari) dan rumput segar (500-1000gm/hari)

 

9.2 Rumput Hijau

Menjana pertumbuha mikrob dan pencernaan yang baik untuk ruminant.

 

Jenis –jenis rumnput dan daun

Rumput dan kekacang

-       Rumput Guinea (Panicum)

-       Rumput Gajah (Panisetum Purpureum)

-       Rumput Setaria

-       Kekacang- Petai Belalang

Daun-daun

-       Daun nangka

-       DAun Turi

-       Daun Ubi ( perlu dijemur +/- 2 jam untuk mengeringkan getah, getah boleh mnyebabkan kembung pada kambing)

-       Daun mengkudu

 

9.3 Mineral

Mineral lazimnya sudah dicampur dengan formula seimbang di dalam makanan pallet kambing.

 

9.4 BEkalan Air

Sumber air yang bersih, dan sentiasa sedia untuk diminum oleh ternakan. Elakkan sebarang kontaminasi pada air. Nipple drinker adalah digalakkan untuk menjamin kebersihan air, mengelakkan pembaziran dan mengelakkan keadaan lantai kandang basah.

 

LAMPIRAN 1: Contoh Rekod

1.      REKOD KELAHIRAN

CONTOH REKOD KELAHIRAN

BULAN: MARCH 2010

Tarikh

No. Induk

No. Penjantan

Jantina

Berat lahir (KG)

Catitan

Jantan

Betina

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.      REKOD KEMATIAN

CONTOH REKOD KEMATIAN

BULAN : MARCH 2010

Tarikh

Induk

Penjantan

Anak Jantan

Anak Betina

Catitan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.      REKOD TIMBANG

CONTOH REKOD TIMBANG

BULAN: MARCH 2010

Tarikh

No. Ternakan

Berat

Catitan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

            Lampiran 2: Contoh Panduan Aliran Tunai /Cash Flow

1,000 Breeder Farm

Year

Total

1

2

3

4

5

A.     CASH FLOW

Cull Animal Sales

Slaughter Animal Sales

Breeder animal Sales

 

 

 

 

 

 

Total Cash Flow

 

 

 

 

 

 

B1. FIXED COST

1.        Land Clearing & Pasture Establishment

2.        Purchase of Stock

3.        Staff Qtrs

4.        Yard/Animal Sheds

5.        Fencing

6.        Farm Vehicle

7.        Farm Machinery

8.        Water Points/ Plumbing/Utilities

9.        Office & Equipment

10.     Land Lease

11.  Incidentals

 

 

 

 

 

 

Total Fixed Cost

 

 

 

 

 

 

B2. OPERATING COST

1.      Feed Cost

2.      Minerals & Vitamins

3.      Medication & chemicals

4.      Spares & Repairs

5.      Vehicle Operating cost

6.      Electricity & utilities

7.      Fertilizer & Herbicides

8.      Salaries & Deductions

9.      Breeding & veterinary Fee

10.  Travel Expenses

11.  Contigencies @ 5%

 

 

 

 

 

 

Total operating Cost

 

 

 

 

 

 

Total Cost (B1+B2)

 

 

 

 

 

 

C.    Surplus/ Deficit (A-B)

 

 

 

 

 

 

 

Financial Evaluation

              INTERNAL RATE OF RETURN (IRR) =  13%                    23%

                                        PAY-BACK PERIOD =    6.4 years        5.4 years

                      Discount Factor (df)                   Net Present Value (NPV)         Benefit-Cost Ratio (BCR)

                             10%                                               1128                                     1.31

 

 
 

 

 

Next | Back

Muka Utama     Organisasi     Sejarah     Perkhidmatan     Berita     Hubungi Kami  
 


Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor Lot 2, Jalan Utas 15/7, 40630 Shah Alam Tel:603 55103900 Faks:603 55108927 (Bhg. Pentadbiran) 603 55108768 (Bhg.Kesihatan) E-mel: webmaster@jphsel.gov.my