PANDUAN PENTERNAKAN
AYAM PENELUR
 

 

Pengurusan Ternakan

Ternakan yang diuruskan dengan betul didalam persekitaran yang selesa akan membesar dan mengeluarkan hasil dengan baik dan berkualiti dengan baik dan dengan itu output ladang yang maksimum. Untuk output yang maksimum ia memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , pengurusan makanan , pengurusan air minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan. Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik dan dengan itu mengeluarkan telur dengan bilangan dan kualiti yang baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Makanan hendaklah disimpan ditempat dan pada suhu yang baik supaya tidak menjejaskan mutunya. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan tekanan dan pembaziran juga mempastikan keseragaman pembesaran.

Pengurusan Sisa Ladang

Sisa ladang ayam daging termasuklah sampah-saraf, saraf lantai, ayam yang mati, tahi ayam dan telur yang pecah. Sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat yang baik, menarik pemangsa datang ke ladang dan membawa bersama penyakit serta menyebabkan bau. Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna bolih menyebabkan masalah kacau-ganggu kepada masyarakat persekitaran dan kejadian penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.


Kawasan dan Perumahan

Pemilihan lokasi dan binaan reban yang sesuai serta pengurusan yang baik adalah penting untuk kepastian operasi ladang yang cekap, produktif, output yang maksimum dan berterusan. Kepekaan masyarakat kepada kualiti alam dan produk yang memberikan kesejahteraan kepada kesihatan dan kehidupan akan mewujudkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh industri.

Lokasi Ladang

Pemilihan lokasi ladang yang sesuai adalah penting. Ciri-ciri penting dalam pemilihan tapak ladang adalah ;

  1. Kawasan hendaklah jauh dari kawasan perbandaran dan perumahan
  2. Mempunyai kemudahan perhubungan yang baik dan boleh beroperasi sepanjang masa
  3. Jauh dari lain - lain ladang
  4. Kawasan datar dengan sistem saliran air yang baik
  5. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik

Binaan Reban

Reban yang dibina hendaklah yang dapat menyediakan persekitaran yang memberi keselesaan kepada ayam dan pekerja serta kos yang ekonomik.

  1. Bahan yang digunakan hendaklah bermutu , supaya kos penyenggaraan kurang , tahan , mudah dicuci dan tidak menyerap haba.
  2. Pokok-pokok dan infrastruktur disekeliling reban tidak menghalang peredaran udara yang sempurna.
  3. Rekabentuk reban memudahkan peredaran udara yang bersih yang sempurna didalam reban
  4. Rekabentuk reban juga hendaklah dapat membantu kecekapan pekerja melaksanakan tugas-tugas penjagaan ayam dan pembersihan sisa ladang

 

Pengurusan Penyakit

Penyakit akan mengurangkan produktiviti kerana meningkatkan kos operasi akibat dari penggunaan ubat rawatan , kematian , menjejaskan pertumbuhan dan pengeluaran serta kualiti telur yang dihasilkan. Langkah-langkah kawalan penyakit seperti biosekuriti dan pelalian perlu dilaksanakan dengan teratur. Penggunaan ubatan didalam rawatan apabila perlu hendaklah mematuhi peraturan untuk mempastikan tiada residu ubat didalam telur atau mempastikan tidak meenggunakan ubat terlarang. Penggunaan ubat dengan betul juga dapat mengelakan pembentukan kekebalan terhadap ubat oleh kuman.

 
Amalan Perladangan Yang Baik

Penerapan amalan perladangan yang baik didalam perancangan menubuhkan ladang, kawalan penyakit dan pengurusan harian akan memberi beberapa faedah antaranya ladang produktif, kos diminimumkan, output dimaksimumkan, persekitaran dan kualiti hasilan yang tinggi dihasilkan. Ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna, meningkatkan peluang pasaran dan seterusnya menjaminkan sebuah ladang yang mapan

 
PEMASARAN TEMPATAN

Lebihkurang 90 peratus daripada pengeluaran dipasarkan dipasaran tempatan. Kesemua telur ini dipasarkan dalam bentuk 'shell-egg'. Pemasaran telur sebahagiannya dibuat oleh pemborong dan sebahagian kecil terus oleh peruncit. yang datang sendiri mengambil bekalan dari ladang. Selain dari pasaran runcit telur juga digunakan oleh loji pemprosesan makanan seperti kilang roti dan kaya.

  1. Harga telur Ayam

    Di Malaysia telur ayam dipasarkan berdasarkan sen sebiji mengikut gred. telur dikelaskan kepada beberapa gred berasaskan berat. Gred-gred tersebut adalah gred AA , A , B , C , D , E dan F. Harga telur ayam juga turun-naik
    (Jadual 7).

    AA lebih dari 70 gram
    A 65-70 gram
    B 60-65 gram
    C 55-60 gram
    D 50-55 gram
    E 45-50 gram
    F dibawah 45 gram

    Peratus sesuatu gred telur yang dikeluarkan bergantung kepada baka dan pengurusan. Hitungpanjangnya peratus gred adalah seperti berikut;

    AA 4
    A 12
    B 28
    C 31
    D 18
    E 5
    F 2

     

    Purata Harga telur Ayam (sen / biji)

     

      AA A B C D E F
    1996 18.02 17.52 16.98 16.33 15.33 14.33  
    1997 17.65 17.16 16.55 15.78 14.78 13.78 11.10
    1998 18.52 17.83 16.94 16.16 15.21 14.21 13.21
    1999 19.59 19.09 18.55 18.03 17.53 16.53 15.53
    1. Pengangkutan

       

      1. Mengurangkan tekanan haba dan stress semasa pengangkutan anak ayam adalah penting. Anak ayam yang terdedah kepada stress mungkin akan mengalam kadar kematian yang tinggi, terjejas pertumbuhan , terjejas ketahanan badan dan memudahkan terkena penyakit. Penghantaran anak-anak ayam kepada pembeli hendakalah menggunakan kenderaan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik. telur pula mesti diangkut berhati-hati bagi mengelakan telur-telur pecah. Penggunaan sistem dan dulang telur yang baik adalah penting untuk mengurangkan masalah ini. Untuk menjaga kualiti yang baik telur sebaiknya diangkut menggunakan pengangkutan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik terutama yang mempunyai sistem penyejukan.

         

      2. Pasaran Eksport

        Sebanyak 8-11 peratus daripada telur ayam yang dikeluarkan dieksport (Jadual 8 ). Kesemua telur-telur dieksport dalam bentuk 'shell-egg'. Pasaran utama adalah Singapura. Untuk memasuki pasaran eksport ladang hendaklah memenuhi syarat ditetapkan oleh negara pengimport meliputi sanitasi veterinar, jaminan kualiti dan status penyakit disamping harga dan produk yang berdayasaing.

         

        Eksport telur Ayam ('000 tan metrik)
        1996 1997 1998 1999
        33,403 40,244 27,494 34,800

Next | Back

 
 

Muka Utama     Organisasi     Sejarah     Perkhidmatan     Berita     Hubungi Kami  
 


Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor Lot 2, Jalan Utas 15/7, 40630 Shah Alam Tel:603 55103900 Faks:603 55108927 (Bhg. Pentadbiran) 603 55108768 (Bhg.Kesihatan) E-mel: webmaster@jphsel.gov.my