UNDANG-UNDANG DAN PENGUATKUASAAN
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
NEGERI SELANGOR
 

         
         AKTA PENGAWALAN PENYEMBELIHAN
  
        

    3. Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972. dan Kaedah- Kaedah Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan 1.4 Negara(Kawalan Penyembelihan) 1975.

    Objektif Operasi

    Undang-undang ini dikuatkuasakan bagi memastikan semua aktiviti penyembelihan ternakan lembu/kerbau, kambing dan babi yang terletak di dalam kawasan Bewarta mestilah dilakukan di Rumah Sembelih Shah Alam atau Rumah Sembelih Banting.

    Daerah Yang Diwartakan

      a. Selangor

         
        1. Klang
           
        2. Petaling
           
        3. Shah Alam
           
        4. Kuala Langat
           
        5. Hulu Langat
           
        6. Gombak
           

      b. Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

      c. Bayaran Penyembelihan di Rumah Sembelih Shah Alam ialah:-

        i. Lembu/Kerbau RM 24.00 seekor

        ii. Kambing/Bebiri RM 8.00 seekor

        iii. Babi RM 8.00 seekor

    Hukuman

    Sesiapa yang melakukan kesalahan mengikut Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara(Kawalan Penyembelihan) 1975 apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 17(1) Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972 iaitu denda sehingga RM 15,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

 

Next | Back

 
 

Muka Utama     Organisasi     Sejarah     Perkhidmatan     Berita     Hubungi Kami  
 


Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor Lot 2, Jalan Utas 15/7, 40630 Shah Alam Tel:603 55103900 Faks:603 55108927 (Bhg. Pentadbiran) 603 55108768 (Bhg.Kesihatan) E-mel: webmaster@jphsel.gov.my