BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR

BPIT adalah merupakan satu bahagian di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor yang menyokong objektif utama jabatan. Jabatan memainkan peranan peting dalam menjana pembangunan industri ternakan negeri dengan menyediakan program-program pembangunan industri  ternakan, program pengembangan veterinary, khidmat nasihat pengurusan ternakan, galakan amalan penternakan yang baik dan promosi produk-produk berasaskan ternakan serta mengoptimumkan penggunaan tanah rezab jabatan untuk aktiviti penternakan yang berdaya maju.

Objektif

  1. Memastikan industri ternakan haiwan Negeri Selangor berkembang dan membangun serta mantap.
  2. Memastikan pembangunan ternakan haiwan Negeri Selangor dilaksanakan berpandukan Dasar Pertanian Negera Ke-3 dan MS ISO 9002.
  3. Memastikan pembangunan ternakan haiwan Negeri Selangor menghasilkan bahan-bahan haiwan untuk makanan suci, bersih, sesuai dan selamat untuk dimakan.
  4. Memastikan industri asas tani berasaskan hasilan haiwan di Negeri Selangor berkembang dan mantap.

Fungsi

  1. Menyediakan perkhidmatan perundingan kepada pihak pelabur serta memberi bimbingan kepada usahawan yang terlibat dalam industri penternakan.
  2. Menjalankan pemantauan perkembangan industri ternakan ruminan, ayam/itik, aneka haiwan dan meransang pembangunannya.
  3. Melaksanakan pembangunan dan pengurusan lading ternakan dalam menghsilkan baka-baka ternakan yang bermutu tinggi bagi meningkatkan kualiti genetik.
  4. Mengenalpasti dan merancang pembangunan kompentensi pegawai dan keperluan latiah pegawai.
  5. Melaksana dan menyelaras program latihan usahawan.
  6. Melaksanakan dan menyelaras Program Pengembangan Veterinar (PPV).
  7. Melaksanakan usaha menarik pelaburan dalam bidang ternakan melalui penggunaan rezab haiwan dan mengoptimumkan sumber tanah estet di Negeri Selangor.

Aktiviti Bahagian Pembangunan Industri Ternakan

  1. Program bantuan untuk perojek ternakan ruminan, non ruminan dan industri asas ternak.
  2. Program pembangunan projek ternakan di Ladang Sungai Nilam
  3. Program pembiakbakaan ternakan ruminan
  4. Program pameran dan kongsi ilmu
  5. Program Latihan jangka pendek dan jangka panjang.
  6. Program kajian in-situ projek pembiakan lembu sado.
  7. Program pengembangan Veterianar (PPV)

Fungsi Seksyen Pembangunan Komoditi Ternakan

  • Melaksanakan program pembangunan industri ternakan (ruminan & non ruminan)
  • Menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat terknikal kepada usahawan industri ternakan

Seksyen Pembangunan Komoditi Ternakan terdiri daripada beberapa unit seperti di bawah:-

  1. Unit Ruminan.
  2. Unit Non Ruminan.
  3. Unit Pembiakbakaan.

Aktiviti Seksyen Pembangunan Komoditi Ternakan

  • Pelaksanaan Program Bantuan Ternakan Ruminan (SPERS, BREEDLOT, MES, Galakan WARISAN, Program makanan Ternakan) & Program Non Ruminan Negeri (Transformasi Penternakan Unggas, MES).
  • Pelaksanaan Program Pembangunan Ternakan Ruminan & Non Ruminan Negeri Selangor.
  • Pelaksanaan Program Pembangunan Pembiakan dan Teknologi Pemanian Beradas Negeri Selangor.
  • Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan Negeri Selangor.
  • Penyediaan anggaran perbelanjaan peruntukan pembangunan Negeri di bawah kod pembangunan komoditi ternakan (PK1000, PK2000 dan PK9000.
  • Melaksanakan Program pendaftaran dan pembangunan Burung Walit.
  • Menjalankan Khidmat nasihat dan runding cara berkaitan komoditi ternakan, program pembiakan serta lain-lain.
  • Pelaksanaan Program Pemantauan Bantuan Ternakan Ruminan dan Non Ruminan.
  • Penyediaan laporan tahunan seksyen dan Unit yang berkaitan.
  • Melaksanakan runding cara dengan swasta serta angensi yang berkaitan bagi tujuan pembangunan komoditi ternakan.
  • Pelaksanaan Program Translokasi Ternakan.
  • Pemantauan projek MOA inc. serta projek ternakan lain dari semasa ke semasa.
  • Pelaksanaan Program pembangunan Genetik dan Pembiakan di Ladang Sungai Nilam.
  • Program pembangunan projek ternakan di Ladang Sungai Nilam.
  • Penyediaan Dasar Halatuju Industri penternakan Ruminan (Lembu/Kerbau Pedaging) Negeri Selangor.
  • Penyediaan Manual Program Bantuan Jabatan.
  • Program Kajian in-situ projek pembiakan lembu sado.

 

Unit Ladang dan TKPM DVS Selangor Bertanggungjawab membangun dan mengawalselia tanah rezab Kerajaan Negeri yang dikhususkan bagi pembangunan industri ternakan. Ini meliputi tanah rezab yang dipertanggungjawabkan kepada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor selaku Pegawai Pengawal dan Tanah Rezab yang diwartakan atas nama Swtiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagi Pegawai Pengawal dan ditadbir urus oleh Pengrah Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor

Unit Ladang dan TKPM juga bertanggungjawab secara langsung memaju dan mengawalselia peserta dan projek ternakan yang terdapat di sebahagian plot-plot tanah di Taman Agrotek Sg. Blankan, Agrotek Ulu Teris Sepang dan Agrotek Batu Arang. Gombak yang dibawah kawalan Pengarah Pertanian Negeri Selangor.

Di bawah rancangan Malaysia ke 11, unit ladang dan TKPM DVS Selangor telah diberi peruntukan dan tanggungjawab untuk melaksanakan Pembanugnan Taman Kekal Pengeluaran Makanan meliputi 3 Projek utama:-

  • Pembangunan Prasarana TKPM
  • Pembangunan TKPM Ayam Pedaging.
  • Pembanugnan Ladang Ternakan Jabatan Sungai Nilam

Ladang Jabatan TKPM Sungai Nilam.

Mulai tahun 2017 Ladang Jabatan TKPM Sg. Nilam diberi penjenamaan semula sebagi Pusat Latihan Teknikal Veterinar Sg. Nilam (PLTV Sungai Nilam). Ladang ini berfungsi sebagi Pusat Latihan Veterinar bagi melatih kakitangan dan usahawan ternakan Negeri Selangor.

Ladang ini dilengkapi dengan pejabat ladang, rumah penginapan tetamu, dewan makan, surau dan bilik kuliah.

Bagi kemudahan ternakan, ladang ini mempunyai dua buah kandang lembu, sebuah kandang kambing, sebuah “fodder solution”, setor makanan, rumah gelap rusa (ark house), pondok-pondok rusa dan padok ragutan ternakan.

Fungsi Seksyen Pembangunan Industri Hiliran

  • Menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat berkaitan pembangunan produk kepada usahawan industri asas ternak (IAT)
  • Melaksanakan aktiviti pengembangan dan promosi industri asas ternak (IAT)
  • Membangunkan Pengeluaran Usahawan
  • Membangunkan Pusat Pemprosesan IAT Daerah

Seksyen Pembangunan Industri Hiliran merangkumi 2 unit seperti berikut:-

  1. Unit Produk hiliran bukan makanan
  2. Unit Produk hiliran makanan

Aktiviti Seksyen Pembangunan Industri Hiliran

  • Mempromosikan produk usahawan Industri Asas Ternak Negeri Selangor.
  • Membangunkan produk melalui R&D yang dijalankan.
  • Lawatsiasat ke tempat usahawan IAT.
  • Laporan nilai jualan usahawan IAT di bawah bimbingan Veterinar.

Fungsi Seksyen Pembangunan Usahawan dan Latihan

Menyedia dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia meliputi kursus/latihan teknikal dan iktisas untuk kakitangan dan pengusaha ternakan dan usahawan industri asas ternak ke arah penikatan kompentensi dan produktiviti.

 

Seksyen Pembangunan Usahawan dan latiah terdiri daripada 2 unti seperti di bawah:-

  • Unit kompentensi usahawan
  • Unit Latihan kakitangan

Aktiviti Seksyen Pembangunan Usahawan dan Latihan

  1. Menyediakan dan menjalankan latihan berkaitan kepada usahawan ternak dan bakal usahawan ternak sepanjang tahun
  2. Program pameran dan kongsi ilmu
  3. Program latihan jangka pendek dan jangka panjang
  4. Mengadakan konvensyen Pengembangan Veteriar bagi memberi pengiktirafan kepada usahawan ternak.
  5. Mengadakan Program pengembangan Veterinar di peringkat Daerah sebagi salah satu medium terdekat untuk penyampaian maklumat berkaitan bidang penternakan dan perusahaan produk berasaskan ternakan serta memberi peluang kepada usahawan ternak untuk membina jaringan sesama usahawan ternak di daerah
  6. Membangunkan Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk (VETMART) sebagi salah satu usaha membantu para usahawan ternak di Negeri Selangor untuk memasarkan produk mereka.
  7. Mengadakan promosi produk usahawan Negeri Selangor melalui program-program anjuran jabatan.
  8. Membantu usahawan ternak Negeri Selangor mendapatkan tempat dalam penyertaan Karnival seperti HALAFEST, Agrofest dan MAHA.
  9. Membangukan ruang promosi usahawan di beberapa Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah bagi memberi peluang kepada usahawan ternak mempromosikan produk hasilan mereka.