FUNGSI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969 PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO 2) 2004 seperti WARTA KERAJAAN Jilid 48, no. 13 bertarikh 24 Jun 2004 menyenaraikan tanggungjawab JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR .

Tanggungjawab Jabatan Veterinar meliputi :-

  1. Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
  2. Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
  3. Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
  4. Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.
  5. Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.
  6. Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.
  7. Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber genetik haiwan.
  8. Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.