flash

Login Forum

Status

Tarikh Kemaskini : 19/05/2014

SISTEM PENCERANAAN RUMINAN
(eg. Lembu,Kambing,Kerbau,Rusa)

 

Ternakan Haiwan Ruminan

Haiwan Ruminan mempunyai sistem penceranaan yang terdiri daripada Mulut, Esofagus, Usus kecil, Usus besar, Sekum, Rektum dan perut yang mempunyai empat bahagian iaitu Rumen, Retikulum, Omasum dan Obomasum (berfungsi seperti perut biasa yang terdapat pada ternakan bukan ruminan "monogestrik".

    
                               PERUT KOMPLEK 

Bagi ternakan lembu perutnya mempunyai isipadu antara 120 - 170 liter yang mana memenuhi 3/4 daripada bahagian abdomen dan rumen merupakan bahagian yang terbesar sekali meliputi  80%, retikulum  5%, omasum 6-8% dan abomasum  7- 8%.
 

 
             KEDUDUKAN SISTEM PENGHAZAMAN HAIWAN RUMINAN

            
          
KEDUDUKAN SISTEM PENGHAZAMAN KANAN

          
          
   KEDUDUKAN SISTEM PENGHAZAMAN KIRI

 

Apabila makanan berada didalam rumen dan retikulum, ia akan diceranakan oleh mikrooganisma, berjuta-juta bakteria dan protozoa jenis anaerobik akan menyerang selulosa dalam makanan bagi mendapatkan nutrien yang seterusnya digunakan untuk keperluan mikroogranisma itu sendiri . Bakteria mengeluarkan enzim selulase bagi mencerana selulosa dan menghasilkan monosakarida. Suhu dan pH dalam rumen sesuai untuk menjalankan fermentasi. Bahan makanan berada didalam rumen selama lebeh kurang  60 jam. Hasil daripada proses ini daripada proses fermentasi ini meruapkan asid-asid lemak, contohnya seperti asid asetik, propionik dan asid butirik. Asid-asid ini diserap kedalam sistem darah melalui dinding rumen dan dibawa kehati. Fementasi juga menghasilkan gas, kebanyakanya karbon dioksida ( CO2 ) dan metana dikeluarkan melaluai proses sendawa.

Setelah beberapa lama berada didalam retikulum dan apabila campuran makanan tadi menjadi bendalir, retikulum akan mengecut dan ini akan menggerakan campuran makanan tersebut (berserta dengan bekteria) ke bahagian omasum iaitu bahagian ketiga perut. Omasum juga dipangil perut kitab, mengandungai lebeh kurang 100 lipatan yang permukaanya mengandungi unjuran papila. Bahan bendalir  terus memasuki abomasum. Bahan makanan yang kasar akan tersangut pada lipatan  diantara papila dan disini berlaku lagi proses penceranaan. Akhir sekali semua makanan (termasuk bakteria) akan sampai ke abomasum. Di abomasum penceranaan dijalankan oleh enzim yang dikeluarkan oleh haiwan sendiri.

Kesimpulananya pada haiwan ruminan terdapat dua jenis penceranaan, iaitu pertama penceranaan olah mikroorganisma yang berlaku didalam rumen dan retikulum, dan kedua pula penceranaan oleh enzim yang berlaku didalam abomasum dan usus kecil.

Pada haiwan monogestrik sebahagian besar proses penceranaan dilakukan oleh enzim oleh yang demikian haiwan-haiwan tersebut tidak mampu mencerana makanan berserabut tinggi

Ternakan memerlukan nuterian untuk terus hidum serta mengeluarkan hasil, nuterian yang diperlukan itu terdiri daripada Protein, Kabohidrat, Lemak, Vitamin dam Mineral disamping Air. Nutirean ini diperolehi didalam bentu makanan, makanan dihadzamkan dan diserap masuk kedalam darah untuk digunakan oleh tisue badan ternakan.

     
          Rumput cincang (chop grass)

 

Protein

Protein merupakan bahan organik yang mengandungai unsur-unsur nitrogen, karbon dan oksigen yang terdapat didalam semua jenis organisma. Tisu haiwan dan tumbuhan mengandungi berbagai-bagai jenis proten didalam kuantiti yang berbeza, protein berfungsi sebagai struktur bagi sel dan tisu, penting bagi mengendalikan pelbagai proses metabolisma didalam badan organisma. Bagi mamalia protein menyumbangkan hapir setengah bahagian daripada anggota badan (berdasarkan berat kering) iaitu hampir satu pertiga terdapat didalam otot, satu perlima dalam tulang, satu persepuloh dalam kulit yang lainnya dalam cecair darah dan limfa.

Fungsi utama protein ialah untuk pembenaan tisu, iaitu untuk pertumbuhan, pengeluaran susu, telur, bulu dan pembiakan, selain fungsi-fungsi ini, protein yang dimakan dan diserap oleh haiwan digunakan untuk penggantian dan pembaikan tisu-tisu yang rosak dan lama. Tisu-tisu didalam badan haiwan sentiasa berada didalam keadaan dinamik dan berubah, tisu lama diserap dan tisu baru yang mengantikan tisu lama sentiasa dibina. Jadi proses pembenaan dan penyerapan protein sentiasa berlaku dan perlu dibekalkan dari semasa ke semasa melalui makanan. Hasil penguaraian tisu dan protein ialah sebatian-sebatian yang bernitrogen, seperti urea dan lain-lain yang perlu dibebaskan dari badan setiap hari. maka haiwan perlu memakan makanan berunsur protein untuk mengantika protein yang hilang.. Protein yang diperlukan untuk proses-proses tersebut dipanggil protein untuk keperluan asas atau saraan dan merupakan keperluan yang paling minimum setiap hari..

Protein juga diperlukan pembinaan hormon dan enzim yang penting dalam mengawal dan mengendalikan berbagai-bagai jenis proses metabolisma yang sentiasa berlaku didalam badan. Antibodi iaitu bahan pelindung utama yang menjaga haiwan daripada diserang penyakit, juga dibena daripada protein. Jika keadaan memerluka protein juga boleh diuraikan dalam badan untuk dijadikan tenaga, Hal ini berlaku misalnya jika haiwan kekurangan karbohaidrat dalam makanan atau apabila tenaga simpanan dalama bentuk kabohaidrat dan lemak telah habis digunakan. Dalam keadaan biasa haiwan tidak mengunakan protein untuk menghasilkan tenaga..

Protein berbeza daripada kabohaidrat dan lemak kearana kehadiran nitrogen (N) dalam molekulnya. Jumlah N yang terdapat didalam protein lebeh kurang 16% . Oleh sebabitu, peratus protein kasar dalam makanan boleh dikira dengan menentukan kandungan N dan mendarabnya dengan faktor   6.25.

Unit kecil yang diperolehi apabila protein diceranakan ialah asid amino. Ada berbagai-bagai jenis asid amino didalam sesuatu molekul protein. Semua asid amino mengandungi kumpulan amino (NH2) dan kumpulan karboksil (COOH). Sebenarnya kumpulan protein bagi haiwan mengambil kira keperluan asid-asid amino yang terdapat dalam protein tersebut. Ini telah terbukti didalam kajian yang menunjukan bahawa haiwan yang diberi campuran ‘asid amino perlu’ tetapi tidak diberi protein, memberikan kadar pertumbuhan yang setara dengan haiwan yang diberi makan protein. Asid-asid amino boleh diceraikan apabila protein dihidroliskan atau diceranakan oleh enzim pepsin dan tripsin.

 

Asid amino perlu

Kebbolehan tumbuhan mensentisiskan asid amino sendiri dan seterusnya membentuk protein daripada unsur-unsur asas, merupakan perbezaan penting pada haiwan. Beberapa jenis asid amino boleh disentisiskan oleh haiwan, tetapi proses sentisis tidak sempurna jika tidak mengunakan asid amino yang lain. Ada beberapa asid amino yang tidak boleh disentisiskan oleh haiwan dan perlu ada dalam makanan mereka. Asid-asid amino tersebut dipangil ‘asid amino perlu’, kerana daripada asid-asid amino ini juga asid-asid amino lain disintesiskan. Ada lebeh kurang 10 asid amino perlu, yang lain dikatakan ‘tak perlu’. Jika salah satu atau lebeh daripada asid-asid amino perlu tadi berkurangan dan tidak dapat memenuhi keperluan harian, pertumbuhan ternakan akan terjejas desebabkan perencatan dalam pembinaan protein badan haiwan dan juga tumbuhan.

 

Asid amino perlu

lisina
metionina
valina
histidina
leusina
isoleusinafenilalanina
fenilalanina
triptofana
arginnina

 

Asid amino tak perlu

glisina
alanina
serina
sisteina
tairosina
asid aspartik
asid glutamik
hidroksiprolina
sitrulina

Haiwan ruminan tidak memerlukan asid amino perlu dalam makanan kerana mikroorganisma didalam rumen berpaya mensintesis asid amino tersebut. Ruminan memperolehi asid amino dengan menceranakan sel-sel mikroorganisma. Oleh sebab itu, ruminan memerlukan unsur N sama ada dalam bentuk protein atau bukan protein bagi membolehkan mikroorganisma mensitesis asid-asid amino perlu.

 

Karbohidrat

Karbohaidrat adalah sebatian organik yang mengandungai karbon, hidrogen dan oksigen, ianya merupakan bahan yang terbanyak sekali terdapat didalam   tumbuhan-tumbuhan dan haiwan ruminan memerlukanya sebagai sumber  tenaga. Tumbuhan-tumbuhan berupaya mensintesis karbohaidrat melalui klorofil didalam proses fotosintesis. Tenaga dari sinar matahari disimpan didalam karbohaidrat, apabila molekul CO2 bercantu membentuk molekul glukos. Apabila haiwan memakan karbohaidrat, molekul glukos digunakan untuk menghasilkan tenaga didalam berbagai proses metabolisma. Apabila dioksidakan, glukos membebaskan CO2 dan H2O. Pada amnya , CHO boleh dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut susunan molekul gula yang terdapat didalamnya iaitu monosakarid, disakarid dan polisakarid.

Monosakarid
Wujud dalam keadaan molekul tersendiri dan tidak bercantum dengan molekul gula yang lain.

Disakarid
Merupakan kumpulan gula yang mengandungi dua molekul monosakrid seperti glukos dan fruktos. Molekul-molekul tersebut bercantum dan wujud sebagai satu molekul besar. Disakarid yang penting dalam pemakanan haiwan ialah sukros, maltos dan laktos. Sukros terdapat didalam rumput muda (lebeh kurang 10% bahan kering), tebu dan molases (masing-masing 25%). Gula laktos pula merupakan gula terpenting dalam susu dan juga bahan yang berasal daripada susu. Kandungan laktos didalam susu tepung dan whey hampir mencapai 25%.

Polisakarid
Merupakan kumpulan karbohaidrat yang mengandungi molekul-molekul gula yang besar. Kumpulan ini boleh dibahagikan kepada pentosan yang mengandungi molekul berantai lima karbon, dan heksosan yang mengandungi rantai enam karbon. Dari aspek pemakanan ruminan, polisakarid adalah penting kerana mudah dan banyak didapati selain dapat membekalkan sumber tenagautama. Contohnya kanji, dekstrin, glikogen dan selulos. Kanji wujud dalam berbagai-bagai jenis makanan seperti ubi kayu, ubi kentang, bijirin (50-70%) dan daun-daun (15%). Kanji tidak mudah dicerana oleh haiwan berperut tunggal, tetapi apabila dimasak ia mudah dicerana dan diserap.

 

Lemak (lipid)

Lipid atau lemak dan minyak, wujud secara semula jadi pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Merupakan rezab atau tenaga simpanan yang berlebihan sesudah digunakan untuk keperluan asas dan pertumbuhan haiwan atau tumbuh-tumbuhan tersebut. Kandungan tenaga didalam didalam lipid 2.25 kaliganda jika dibandingkan dengan karbohidrat. Rezab ini akan dikeluarkan dari simpanan dan digunakan apabila haiwan atau tumbuh-tumbuhan menghadapi kekurangan tenaga. Minyak dalam biji beneh tumbuh-tumbuhan digunakan sewaktu beneh mula bercambah menakala lemak didalam telur haiwan adalah untuk pertumbuhan janin semasa peringkat awal. Ternakan yang dipelihara dinegara sejukembina tisu-tisu adipos (tisu lemak) sewaktu musim panas supaya "tenaga" ini dapat digunakan dalam musim sejuk apabila makanan sukar didapati.

Seperti karbohaidrat, lipid mengandungi atom-atom karbon, hidrogen dan oksigen, tetapi didalam nisbah yang berlainan. Lipid boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan strukturasasnya, sama ada gliserol atau bukan gliserol. Semua lipid berasaskan gliserol mengandungi unit-unit asidak berantai karbon panjang dan mempunyai kumpulan karboksil (- COOH). Dari aspek pemakanan haiwan , lipid berasaskan gliserol lebeh penting daripada yang tidak berasaskan gliserol kerana ia boleh dicerana dan digunakan oleh haiwan sebagai sumber tenaga.

Apabila merumus rangsum, pastikan bahan makanan yang mengandungi lemak diberi pada aras rendah kerana aras yang terlalu tinggi menjadikan makanan mudah rosak dan cepat tengik.

Sebahagian besar lemak dalam tisu disintesis daripada karbohaidrat yang berlebihan. Tetapi kandungan lemak yang ada dalam makanan boleh juga mempengaruhi jenis lemak yang dibina didalam badan. Jika asid lemak yang dihasilkan terdiri daripada asid lemak tak tepu, maka lemak yang terkumpul akan mengandungi asid lemak tak tepu. Ini akan menjadi daging kelihatan berminyak dan mudah menjadi busuk. bahkan makanan yang boleh menghasilkan kesan-kesan ini ialah seperti jagung, hampas sawit dan hampas kekacang, terutama sekali apabila diberi pada aras yang tinggi.

Pastura dan Foder

Next | Back