flash

Login Forum

Status

Tarikh Kemaskini : 19/05/2014

LESEN PERLADANGAN UNGGAS

PENGENALAN

Kerajaan Negeri Selangor telah menggubal sebuah undang-undang yang dipanggil Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 dan Peraturan-peraturan Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2008, untuk mengawalselia perladangan unggas dan aktiviti berkaitan, supaya lebih terkawal dan tersusun, tidak mengakibatkan pencemaran alam atau mengancam kesihatan penduduk di sekitarnya. Unggas termasuklah ayam, itik, angsa, ayam belanda, puyuh, merpati, ayam mutiara dan burung unta daripada apa-apa jantina, umur atau baka atau generasi dan burung-burung yang lain yang boleh ditentukan oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan.

Mengikut tafsiran undang-undang, ladang unggas termasuklah ladang ternakan, pusat penetasan, loji penyembelihan, loji pemprosesan makanan (daging unggas) bagi tujuan kegunaan manusia dan loji pemprosesan sisa unggas. Semua ladang unggas samada lama atau yang baru beroperasi, diwajibkan memohon lesen di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berkenaan.

Pelaksanaan undang-undang ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat. Peringkat pertama pelaksanaan telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009, di mana semua ladang unggas yang menjalankan aktiviti penternakan, berkapasiti 500 ekor unggas ke atas per ladang wajib berlesen untuk beroperasi. Pelaksanaan peringkat kedua akan melibatkan loji penyembelihan, diikuti loji pemprosesan makanan dan loji pemoprosesan sisa unggas.


 

PERMOHONAN LESEN LADANG UNGGAS

                Permohonan hendaklah dikemukakan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berkenaan dengan menggunakan Borang A berserta dokumen-dokumen sokongan. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

                Borang A boleh diperlolehi dengan datang sendiri ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran atau melalui laman web Jabatan di dvssel.gov.my.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

1. Pelan susunatur yang menunjukkan –

a) Sempadan ladang dan sempadan tanah di mana ladang didirikan.

b) Keluasan dan dimensi serta rekabentuk bangunan ladang dan struktur ladang.

c) Lokasi tempat menunjukkan jarak lurus mana-mana rumah kediaman, sekolah atau tempat ibadat yang sedia ada semasa permohonan dibuat dalam lingkungan 200 meter dari sempadan tapak ladang unggas.

2. Salinan Hakmilik tanah.

3. Sekiranya tanah bukan milik pemohon, surat kebenaran bertulis dari pemilik tanah.

4. Salinan sijil pendaftaran perniagaan yang sah (jika ada).

5. Salinan fotostat kad pengenalan.

6. Dua (2) keping gambar berukuran pasport.

 

 

MEMBAHARUI LESEN PENTERNAKAN UNGGAS

 

Permohonan pembaharuan lesen hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tamata tempoh lesen semasa. Permohonan membaharui lesen adalah sama seperti permohonan kali pertama.

BAYARAN

Lesen Menternak                                                                                                            RM setahun

1. Menternak Ayam / itik

a) 500 - 5,000 ekor                                                       RM 50.00

b) 5,001 - 10,000 ekor                                                  RM 100.00

c) 10,001 - 15,000 ekor                                                RM 200.00

d) 15,001 - 20,000 ekor                                                RM 300.00

e) 20,001 - 25,000 ekor                                                RM 400.00

f) 25,001 ekor ke atas                                                   RM 500.00

2. Menternak Puyuh / Merpati

a) 1,000 - 10,000 ekor                                                   RM 50.00

b) 10,001 - 20,000 ekor                                                                RM100.00

c) 20,001 - 30,000 ekor                                                  RM 200.00

d) 30,001 - 40,000 ekor                                                 RM 300.00

e) 40,001 - 50,000 ekor                                                                RM400.00

f) 50,001 ekor ke atas                                                  RM500.00

3. Lesen Haceri (Pusat Penetasan)                                                           RM500.00

4. Lesen loji Penyembelihan                                                                       RM500.00

5. Lesen Loji Pemerosesan                                                                                                                            RM500.00

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat yang mesti dipatuhi untuk membaharui lesen penternakan unggas ialah :-

1.      Jarak sempadan ladang hendaklah sekurang-kurangnya dua ratus (200) meter dari mana-mana rumah kediaman, sekolah atau tempat ibadat yang sedia ada. ‘Rumah kediaman’ ertinya satu kelompok rumah tidak kurang daripada lima rumah yang berpenghuni tidak termasuk rumah untuk pekerja atau bangunan yang disediakan dalam ladang ternakan unggas.

2.      Penggunaan tanah sebagai ladang ternakan unggas tidak bercanggah dengan syarat yang ditetapkan dalam dokumen Hakmilik Tanah.

3.      Mematuhi standard amalan perladangan  dalam Peraturan-peraturan Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2008.