PEMILIHAN RUMPUTPEMYEDIAAN TANAHPENANAMAN RUMPUTMENUAI MEMOTONGPEMBAJAANKEKACANG



PANDUAN MENANAM RUMPUT PASTURA DAN FODDER

 


 


Menanam

Menanam rumput sebaik-baiknya dilakukan pada awal musim hujan. Oleh itu
taburan hujan   di satu-satu kawasan perlu di ketahui sebelum penanaman dilakukan. Kelembapan yang mencukupi/sesuai diperlukan untuk pencambahan atau pertumbuhan yang berkesan. Pengairan mengunakan " Irrigator" dan "sprinkler" juga sangat membantu untuk mendapatkan kelembapan yang baik tanpa terlalu bergantung kepada hujan. Bagi kawasan yang terlalu berair, saliran pula perlu untuk mengalirkan keluar air yang berlebihan.

Kadar kuantiti biji benih sehektar ataupun jarak menanam perlu diberi perhatian kerana faktor ini akan menentukan pertumbuhan dan kepadatan yang baik serta mengelakkan pertumbuhan rumpai yang tidak diingini.

Ada 2 cara menanam :-

  • Mengunakan biji benih
  • Menanam secara tampang/keratan batang

   

Menanam Mengunakan Biji Benih

Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi sehektar bergantung kepada jenis, kualiti dan cara menanam. Jika peratus percambahan baik, kadar yang digunakan adalah kurang dan begitulah sebaliknya.

Berikut adalah kadar kuantiti biji benih beberapa jenis rumput dan kekacang (sekiranya kualiti biji benih digunakan adalah baik serta telah disimpan dengan sempurna) :-

Benih rumput  

Biji benih rumput  

Kadar semaian (kg/hektar)

Rumput Kuda/Guinea       2 - 6
Rumput Para 2 - 6
Rumput Setaria                              2 - 5
Rumput Brachiaria decumben     3 - 6
Rumput Brachiaria humidecola      5 - 7

Kadar di atas adalah sesuai jika biji benih tersebut betul-betul bermutu tinggi dimana peratus percambahannya lebih kurang 60 % . Jika percambahan rendah iaitu kurang daripada 30 % maka lebih baik kadar diatas diberi 2 kali ganda.

 

PASTURA CAMPUR KEKACANG

Tujuan menanam kekacang bersama dengan rumput bermutu:

1.    Mengurangkan kos membaja,
Kekacang mempunyai bintil-bintil akar yang boleh mengikat nitrogen diudara iaitu        anggaran  50-250  kg/hektar/tahun.

2.    Protein kasar (crude protin) kekacang adalah lebih tinggi daripada pastura. Dengan         adanya kekacang didalam pastura dapat meningkatkan peratus nilai protin kasar,         bererti menambah kelazatan dan ini akan menambahkan pengambilan bahan  kering   oleh ternakan.

Ada beberapa cara menanam rumput bermutu bercampur kekacang. Jika kedua-duanya ditanam dengan biji benih:-

1.    Kekacang boleh ditanam bersama rumput dalam baris yang sama

2.    atau, kekacang boleh ditanam diantara baris rumput.

Setiap 2-3 tahun mengikut keadaan, biji benih kekacang perlu ditabur dipetak campuran untuk memperbaiki peratus kandungan kekacang. Ini kerana kadar pertumbuhan kekacang adalah lambat berbanding dengan rumput dan kesuburan rumput boleh menyekat perkembangan kekacang, malah boleh menghapuskan sama sekali sekiranya tiada usaha dibuat untuk memperbaiki keadaan.



Rumput MARDI digit  (
Digitaria  setivalva)
 
Berasal dari Afrika Selatan, sejenis rumput yang bersetolon .
Tumbuh bertompok-tompok dan batang yang tegak seperti serai, buku ruas mempunyai sedilit bulu halus
Stolon pada mulanya tumbuh tegak tetapi kemudian rebah dan menjalar seperti stolon biasa.
Batang dan daunnya lembut dan bolih tumbuh setinggi  30 -50 cm
Hasil bahan kering 16 – 23 tan/ha/tahun
Protein kasar 9.0 %  Sesuai untuk ragutan
Sesuai dibiak dengan keratin rumpun walaupun terdapat sedikit biji benih yang subur.
Sesuai ditanam pada semua jenis tanah terutamanya jenis tanah gambut.
 

•

Rumput Kuda / Guinea  (Panicum maximum)

Tingginya diantara 1.5 – 2 m
Terdapat beberapa jenis : Rumput kuda biasa, green panic, hamil, coloniao, dan makuaene.
Di Malaysia jenis yang biasa ditanam ialah  guinea biasa dan hamil, kerana hasil yang tinggi sepanjang tahun.
Bolih menghasilkan bahan kering sebanyak 20 – 26 tan/ha/tahun (dengan jarak pemotongan 6-8 minggu )
dengan kadar pembajaan  200-400 kg N/ha/tahun
Protein kasar 11.9 %
Tahan pada musim kemarau yang panjang, memerlukan iklim yang lembab untuk hidup subur.
Tahan naungan seperti dibawah kawasan tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda
Tidak sesuai dikawasan air bertakung.

 
 


Rumput signal  (
Brachiaria decumbens
•Rumput signal tumbuh menjalar, cepat membiak dan sesuai dengan iklim lembabseperti Malaysia
•Buku ruas pada batang mengeluarkan akar dan cabang membolihkannya membiak dengan cepat.
•Tumbuh setinggi  30 – 50 cm, daunnya pendek, tirus dan tajam dihujung
•Berwarna hijau dan mempunyai sedikit bulu halus. Walaupun berbunga tetapi biji benih kurang subur
•Cara yang paling baik untuk menanam ialah dengan keratan tunggul
•Kadar penanaman dengan biji benih ialah antara 3 – 5 kg/ha
•Bolih hidup dalam keadan kemarau, tidak sesuai kawasan air bertakung
•Kombinasi kekacang yang sesuai ialah desmodium dan epil-epil
•Tahan serangan serangga dan penyakit
•Hasil bahan kering ialah 14 – 26 tan/ha/tahun, 
•Protein kasar 8.5 %
•dengan kadar pembajaan  200-400 kg N/ha/tahun
•Sesuai untuk ternakan ruminant besar, ia tidak disyorkan pada kambing da biri-biri
•Kerana mengakibatkan fotosensitiviti dan jaundis
•Hasil susu dari lembu yang merabut rumput campuran dengan petai belalang atau baja N ialah  6-8 kg/ekor/hari
 


 

Rumput  setaria  (Setaria sphacelata kultivar Kazungula
 
•Berasal dari kawasan tropika dan subtropika Afrika
•Mengeluarkan tiler yang banyakdan membiak dengan mengunakan umbisi yang pendek.
•Daunnya panjang dan tirus berwarna hijau tua dan tidak mempunyai bulu
•Tumbuh setinggi  1.5 – 2.0 m
•Bunga berbentuk seperti ekorberukuran  20 – 25 cm panjang, berwarna perang kehijau-hijauan
•Tahan terhadap serangan penyakit atau perosak
•Sesuai ditanam pada semua keadaan jenis tanah dan memerlukan hujanyang serdahana banyak
•Bolih ditanam dengan mengunakan tiler berakar atau biji benih pada kadar  2 – 5 kg/ha
•Setanding dengan rumput lain dari segi mutu dan hasil
•Pertumbuhan atau respon yang baik dengan baja N
•Tahan pada musim kemarau
•Hasil bahan kering ialah  16 – 18 tan/ha/tahun
•Protein kasar  10.5 %
•Prestasi ternakan tidak sebaik jika meragut rumput guinea tau MARDI digit
•Dilapurkan ia mempunyai kandungan karbohidrat terlarut yang rendah
•Daunnya yang segar mempunyai keasasidan yang tinggi
•Kandungan asid organic yang tinggi seperti asid oksalik yang bolih memudaratkan ternakan seperti kuda.

 
Rumput setaria   (Setaria sphacelata variety splendida)
•
Berasal dari kawasan tropika dan subtropika Afrika kemudian dibawa ke Asia dan Australia
•Mengeluarkan tiler yang banyak dan membiak dengan mengunakan umbisi
•Daunnya panjang, tirus dan berwarna hijau dan kurang mempunyai bulu
•Rumput boleh tumbuh setinggi 3.0 m dan bunga berbentuk seperti ekor berukuran
•10 – 15 cmpanjang dan berwarna perang kehijau-hijauan
•Tidak diserang penyakit atau perosak
•Sesuai ditanam pada semua jenis tanah dan memerlukan air yang banyak
•Kandungan airnya tinggi berbanding denga jenis rumput yang lain
•Rumput ini juga mengandungai oksalat dan akan bertambah dengan pertambahan baja N
•Oksalat tidak menjadi masalah pada ruminant yang biasa dengan rumput ini tetapi akan menyebabkan masalah  penyakit tulang   “osteodystrophiafibrosa”  bagi kuda
•Bolih ditanam dengan menggunakan bahan tampang.
•Sesuai untuk system potong angkut atau ragutan
•Hasil bahan kering  16.6 – 18.6 tan/ha/tahun (jarak pemotongan setiap 6 minggu)
•Protein kasar  12.4 %
 

 
Rumput Gajah  (Pennisetum pupureum)
•
Ditanam dinegara ini sejak tahun 1950 –an
•Menanam dengan keratin batang, hasil bahan kering tinggi
•Hasil berkurangan pada musim kemarau
•Rumput ini adalah rumput tahunan yang tegap menyerupai tebu dan balih tumbuh setinggi 2 – 5 m, mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan tiler
•Daunnya lebar, nipis dan mempunyai tulang daun
•Bunga berbentuk silinder, berwarna kuning keemas-emasan
•Memerlukan tanah yang subur untuk membiak, tanah yang sesuai ialah tanah yang peroi
•Memerlukan baja yang banyak terutamanya baja N
•Bolih ditanam ditanah berpasir dengan memberi baja najis ternakan
•Ternakan gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lembut
•Jarak pemotongan antara 4 – 6 minggu
•Hasil bahan kering ialah  20 – 30 tan/ha/tahun
•Protein kasar  10 %
•Boleh ditanam bersama centro dan puero.
 

Rumput humidicola
  (Bracharia humidicola)
•
Berasal dari Afrika Selatan dan diperkanalkan di Australia, Fiji, Papua New Guinea,
•Dan Asia Tenggara
•Nama komersial bagi biji benih rumout ini ialah B. humidicola kultiver Tully,
•Sesuai pada semua jenis tanah terutamanya tanah berpasir
•Tahan terhadap pemotongan dan hasil bahan kering tinggi
•Tidak menyebabkan fotosensitiviti kepada ruminant
•Sesuai ditanam di lading kelapa bertanah  bris  
•Tahan pada musim kemarau dan kawasan air bertakung
•Rumput ini tumbuhan saka yang berstolon dengan daun berbentuk  lanseolat, kurang berbulu dan rimbun
•Bolih dibiak denga biji benih atau tampang
•Sesuai dipotong setiap  4 – 6 minggu
•Hasil bahan kering  11 – 18 tan/ha/tahun
•Protein kasar 10.2 %  (pada tanah bris, asid sulfat dan pendalaman)
•Kekacang yang sesuai ialah epil-epil
 

Rumput para  (Brachiaria mutica)

jenis menjalar dan mudah mengeluarkan akar pada setiap ruas
•Daun berbulu berukuran kira-kira  30 cm panjang
•Sistem akarnya cetek
•Bolih tumbuh setinggi  2.5 m dan mudah dibiakkan dengan biji benih atau keratin batang.
•Berasal dari Afrika tetapi amat sesuai dengan keadaan setempat
•Hidup dengan subur jika mendapat air yang banyak dan mengalir seperti parit
•Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau
•Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di porong atau diragut hingga paras tanah
•Tidak bagitu tahan ragutan berbanding dengan rumput signal
•Kekacang yang sesuai ialah centro dan puero
•Hasil bahan kering  15 – 20 tan/ha/tahun (bergantung pada kesuburan tanah & pengurusan)
•Protein kasar  8.1 %
 

Rumput parit
  (Axonopus compressus)  (berdaun leber sedikit)
•
Tahan lasak membiak dengan mengunakan umbisi
•Berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan Carribean
•Membiak subur pada kawasan  tanah liat
•Paling sesuai pada kelembapan tinggi
•Rumput ini disyorkan pada system menternak yang inputnya rendah
•Samada dikawasan naungan atau kawasan kurang subur.
•Tanpa memerlukan pembajaan dan tahan naungan
•Hasil bahan kering  6 – 10 tan/ha/tahun
•Protein kasar  7.5.%
•Berupaya mengeluarkan biji benih yang banyak
•Biasanya ditanam dengan mengunakan tompokan berakar
•Rumput ini lebih dikenali sebagai hiasan halaman
 

Rumput kerbau
(Paspalum conjugatum)
•
Rumput tahunan yang mempunyai stolen
•Stolon dan batang yang  tegak setinggi  20 – 60 cm
•Daunya tirus berukuran  4 – 20 cm panjang dan  5 – 10 cm lebar
•Berasal dari kawasan Amerika dan hidup segar pada kawasan beriklim lembab,
•tanah berasid dan juga di kawasan yang bernaung
•Hasil bahan kering  6 – 12 tan/ha/tahun
•Kandungan Protein kasar dan penghadaman in-vitronya lebih tinggi dibandingkan dengan rumput yang lain
•Protein kasar  13.6 %

 

PEMULIHAN PEDOK DAN PENANAMAN SEMULA
Padang Ragut atau pedok juga memerlukan pemerhatian yang khusus. Dalam jangkamasa yang lama biasanya sesuatu pedok perlu dibuat pemuliharaan atau penanaman semula.
Pemulihan (renovation) dan penanaman semula (recultivation) adalah dua kerja yang berbeza. Pemulihan ialah melibatkan kerja-kerja pemulihan tanah samada untuk memulihkan sifat fizikal tanah atau kesuburan tanah itu sendiri. Manakala penanaman semula ialah melibatkan kerja-kerja penyediaan tanah secara keseluruhan seperti plough, Harrow dan rotovate.

Pemulihan Pedok
Pemulihan pedok dibuat bila kualiti pertumbuhan rumput tidak lagi elok. Pertumbuhan yang tidak baik ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepadatan tanah oleh traktor, kekurangan pembajaan dan pertambahan pertumbuhan rumpai.
 

Baikpulih (renovation) kawasan pastura dibuat beberapa cara:-

  • Pembajakan ringan (Light/lenient total area 'tillage') - diikuti dengan penaburan biji benih

  • Pembajakan ringan terpilih sepenuhnya (Full/complete spot tillage) - diikuti dengan penaburan biji benih

  • Pembajakan ringan sepenuhnya (Full/complete strip - tillage) - diikuti dengan penaburan biji benih

  • Menabur biji benih tanpa penyediaan tanah - Overseeding without tillage  

Cara diatas sesuai bagi rumput yang senang bercambah atau merebak seperti rumput Brachiaria decumbens atau rumput guinea.
Tillage atau bajak ringan dibuat dengan mengunakan Harrow, biasanya kerja-kerja ini dibuat pada awal musim hujan.

Penanaman semula
Penanaman semula dibuat bila pemulihan tidak lagi boleh dibuat. Bila kuantiti rumput kurang dari 35 % , maka penanaman semula perlu dibuat. Penanaman semula melibatkan kos yang tinggi, kerana pembajaan atau penyediaan tanah dibuat pada keseluruhan kawasan.

                Stylo                                        Alfafa     

 

Note: Rujukan dari Unit Pemakanan Ternakan
Ibu Pejabat   Perkhidmatan Haiwan  Institut Haiwan (Panduanpasture&Foder.html)

 
 

 

Next | Back

 
 

Muka Utama     Organisasi     Sejarah     Perkhidmatan     Berita     Hubungi Kami  
 


Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor Lot 2, Jalan Utas 15/7, 40630 Shah Alam Tel:603 55103900 Faks:603 55108927 (Bhg. Pentadbiran) 603 55108768 (Bhg.Kesihatan) E-mel: webmaster@jphsel.gov.my