PEMILIHAN RUMPUTPEMYEDIAAN TANAHPENANAMAN RUMPUTMENUAI MEMOTONGPEMBAJAANKEKACANG



PANDUAN MENANAM RUMPUT PASTURA DAN FODDER

 


 


 

PEMBAJAAN
Bererti menambah atau mengganti balik bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh tumbuhan(nitrigen,phosphorus,kalium) kepada tanah agar bahan-bahan ini dapat diambil dan digunakan untuk memenuhi kehendak tumbuhan itu sendiri. Selain dari itu pembajaan juga bertujuan untuk mendapat;

  • Hasil dan mutu yang sentiasa tinggi
  • Jangkamasa hidup yang panjang

Jenis Baja

  • Baja asli (najis ternakan dan kompos)
  • Baja kimia

Jenis Pembajaan

  • Pembajaan Permulaan
  • Pembajaan Pengurusan

Pembajaan Permulaan
Pembajaan permulaan ialah pembajaan awal, biasanya dibuat beberapa hari sebelum menanam atau pada masa menanam. Bertujuan mengalakkan perkembangan akar dan pertumbuhan permulaan yang sihat dan tegap untuk pembesaraan dan perkembangan seterusnya.

Kadar Pembajaan
Kadar yang disyorkan secara am bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) mengikut keadaan di Semenanjung Malaysiaialah;

N: P: K =  60 :  30 : 30

60 kg.     Nitrogen/hektar

30 kg.     P2O5/hektar

30 kg.     K2O/hektar

Berapa banyakkah baja UREA, TSP dan MOP diperlukan untuk menghasilkan campuran baja tersebut ?

Urea :    Setiap 100 kg Urea terdapat 46 kg. N
            untuk  60 kg. N = 100 x 60  =    130 kg. Urea/ha
                                                 46

TSP :         Setiap 100 kg. TSP terdapat  46 kg. P2O5
                
   untuk  30 kg. P2O5  =   100 x 30  =  65 kg TSP/ha
                                                          46

MOP :       Setiap 100 kg MOP terdapat  60 kg. K2O
            
    untuk  30 kg. K2O = 100 x 30  =  50 kg. MOP/ha
                                                          60

Kadar baja permulaan sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor. Jika tanah yang hendak ditanam adalah berasal dari kawasan hutan baru dibuka biasanya mempunyai zat makanan (baja) yang tinggi. Oleh itu keadaan serupa ini hanya perlu ditambah baja phosphate untuk mengalakan pertumbuhan akar dan baja yang biasa digunakan ialah TSP,CIRP,GRP . Jika T.S.P digunakan  kadarnya ialah 245kg/hektar atau 100kg/ekar.

Kadar baja permulaan yang disyorkan bagi pastura campuran dengan kekacang ialah;-

P : K  = 30 : 30

Iaitu  30 kg. Phosporus/hektar  (65 kg. T.S.P/hektar)

         30 kg.Kalium (Potash)/hektar   (50 kg. Muriate of Potash/hektar)

Penaburan kapur adalah dimestikan untuk memperbaiki kemasaman (pH) tanah sekiranya pastura campuran rumput & kekacang ditanam.

Pembajaan pengurusan
Pembajaan ini dilakukan setiap tahun dengan kadar tertentu dan boleh dilakukan sekali atau beberapa kali. Namun bagitu pembajaan setiap selepas setiap pemotongan atau ragutan adalah disyorkan. Kuantiti setiap kali pembajaan diperolehi dengan membahagikan baja yang diperlukan dalam setahun dengan bilangan pembajaan. Pengunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang sangat digalakan. Ia bukan sahaja berkesan malah tanpa sebarang kos.

BAJA NITROGEN
Nitrogen (N) adalah zat pemakanan yang terpenting, ia adalah komponen utama protein. Nitrogen bertanggungjawab didalam pengeluaran klorofil, seterusnya terlibat didalam proses-proses tumbesar serta didalam pembinaan struktur vegetatif dan buah.
Kebanyakan Nitrogen yang diserap oleh tumbuhan dalam bentuk Nitrat, manakala sebahagian yang lain dalam bentuk ion Amonium dan urea. Setelah diserap Nitrat diturun menjadi Amonium N (NH4N) NH4N yang terbentuk menghasilkan asid glutamik, seterusnya membentuk lebih 100 jenis asid amino. Rangkaian asid amino ini membentuk protein.
Protein yang terbentuk didalam sel-sel tumbuhan kebanyakannya berfungsi sebagai enzim yang mengatur tugas-tugas tertentu didalam tumbuhan.
Bekalan Nitrogen yang mencukupi membolehkan tumbuhan tumbuh dengan cepat dan hijau. Kuantiti N yang berlebihan boleh melanjutkan tempoh kematangan pokok.
Tumbuhan yang mengalami kekurangan N akan terencat dan berwarna kuning, warna kuning atau klorosis biasanya bermula di bahagian bawah daun. Simptom ini bermula pada hujung daun merebak ketulang daun.
Kuantiti N didalam daun dikira dalam peratus (%) dan kuantiti protein kasar (PK) boleh dikira dengan formula PK (%) = 6.25 x % N.

BAJA POSFORUS
Keperluan Posforus (P)  oleh pokok adalah sedikit jika dibandingkan dengan N dan Kalium (K). Kebanyakan P diserap dalam bentuk ion ortofodfat primer H2PO4 Manakala selebihnya adalah ion ortofodfat sekunder HPO4, ion pirofosfat dan ion metafosfat. Penyerapan ion-ion ini dipengaruhi oleh pH medium di keliling akar. Jika pH rendah ion H2PO4 diserap manakala ion HPO4 diserap pada pH tinggi.
P adalah juzuk asid muklik, fitin dan fodfolipid, P diperlukan pada peringkat awal pertumbuhan bagi perkembangan primordia terutamanya akar. P juga boleh mempercepatkan kematangan tanaman., bekalan P juga boleh menambah keliatan tanaman bijirin serta meningkatkan ketahanan kepada serangan penyakit.
Amalan biasa bagi penanaman pastura, pembajaan P diberi secukupnya sebagai baja permulaan, dan unsur P  biasa diperolehi dari baja  CIRP, GRP, TSP dan sebagainya yang menpunyai kandungan P yang berbeza-beza.

BAJA KALIUM (K)
Unsur Kalium  (potassium) ialah ketiga pentingnya, unsur ini diserap sebagai ion K, Baja kimia kalium yang digunakan ialah garam kalium larut seperti kalium kelorida, kalium sulfat, kalium nitrat, kalium magnesium silfat.
Tidak seperti N,P dan S. Kalium tidak merupakan juzuk utama protoplasma dan selulos, tetapi ia bertindak sebagai mangkin fungsi-fungsi fisiologi tertentu seperti:-

1.    Metabolisma karbohaiderat, pembentukan, penguraian dan pengaliran kanji
2.    Metabolisma nitrogen dan sintesis protein
3.    Pengawalan serta pengaturan unsur-unsur mineral tertentu
4.    Peneutralan asid-asid organik penting
5.    Pengaktifan enzim
6.    Perkembangan tumbesaran tisu meristem
7.    Penyelarasan pergerakan stomata dan pengaliran air

Tumbuhan memerlukan banyak kalium, simptom kekurangan unsur ini biasanya ditunjukkan pada daun disebelah bawah. Kekurangan kalium juga menyebabkan jerami pada tanaman bijirin menjadi rapuh, menyebabkan tanaman tersebut rebah.
Satu perkara yang penting ialah peranan kalium dalam mengekalkan bekalan air yang cukup bagi tumbuhan. Pengekalan kesegaran tumbuhan adalah perlu supaya proses-proses fotosintesis dan metabolisma berfungsi dengan baik
Fungsi yang tidak kurang pentingnya juga ialah kalium didalam metabolisma haiwan ialah didalam penghasilan arus bioelektrik. Hasil daripada metabolisma sel menyebabkan ion-ion kalium K didalam sel mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding dengan ion-ion  Na  diluar membran sel. Bezanya kepekatan ion ini akan menghasilkan arus bioelektrik yang akan melibatkan utusan saraf.

Kadar Baja Pengurusan

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Rumput tulen :  
Pengurusan secara ragutan   150-200 N  (326-435 UREA)
  40-60 P       (87-130 TSP) 
  50-100 K    (83-166 MOP)

                                    

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Rumput tulen :
Pengurusan secara potong dan angkut  200-300 N     (435-652 UREA)
  40-60 P         (87-130 TSP)
  100-150 K       (166-250 MOP)

 

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Rumput & Kekacang :  
Pengurusan secara ragutan 40-50 P     (87-108 TSP)
  50-100 K  (83-166 MOP)
  (tanpa baja Nitrogen)

                                                                                        

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Rumput & Kekacang :  
Pengurusan secara  potong dan angkut 50-60 P       (108-130 TSP)
  150 200 K   (250-333 MOP)
  (tanpa baja Nitrogen)

 

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Pembajaan petai belalang/ipil-ipil 40-60 P        (87-130 TSP)
  50-100 K      (63-166 MoP)


Baja Complehumes

Baja Complehumes juga boleh digunakan terutamanya pada kawasan bekas tapak tanah lombong, kerana ianya akan meningkat kandungan humes pada tanah berpasir tersebut.



Pembekal Baja Complehumes:-

B.T. AGRO TRADING
(Balagangatharan Alagu)
96, Laluan Buntong Jaya 8,
Buntong Tiga Tambahan Baru,
Buntong 30100 Ipoh
Perak, Malaysia

Tel/Fax : 05-2533771    H/Phone : 010 5597825
 


Note:

UREA

RM1.00/kg  (Harga 2004)

 120 - 150kg N / ha/tahun   - Cadangan JPH  / 2.471   =  48.56 - 60.7kg N / ekar / tahun     

Cadangan Mardi  300 - 400kg     N / ha / tahun -  Fooder 

300kg N / ha / tahun -  Grazing

Urea 46% N

Urea :   Setiap 100 kg Urea terdapat  46 kg. N
              untuk  (150kg N/ha ) 60 kg. N / ekar  =   100 x 60  =   
130 kg. Urea /ekar
                                                                              46


TSP

RM1.10/kg  (Harga 2004)

 40kg   -  50kg P  / ha / tahun     -  Cadangan JPH  / 2.471  =  16.18kg  - 20.23kg. P / ekar / tahun  

Cadangan Mardi  50   - 60kg P / ha / tahun  Fooder

Cadangan Mardi  50kg P/ ha / tahun Grazing


P - P2O5 = X   2.21        P2O5  -  P = X   0.44

40kg P /ha (
16.18kg P/ekar )  X  2.21  =  88.40kg  P2O5 / ha  ( 35.75kg   P2O5 / ekar )

40kg P / ha X 2.21  =  88.40kg P2O5 / ha

TSP 46% P2O5

TSP :     Setiap 100 kg. TSP terdapat  46% kg. P2O5
              
untuk  88 kg. P2O5  =   100 x 88   =  191 kg TSP/ha  ( 77.4kg TSP / ekar )
                                                       46


MOP

RM0.80/kg  (Harga 2004)

 50   -  100kg/ha/tahun   -  (20.23  -  40.46kg/ekar/tahun )

Cadangan JPH  /2.471   20.23  - 40.46kg/ekar/tahun  

Cadangan Mardi  150 - 200kg/ha/tahun - Fooder 
Cadangan  Mardi 100kg/ha/tahun  -  Grazing

K - K2O   =  1.2          K2O  -   K =   0.83

 MOP   60% K2O

50kg/ha  K  X  1.2  =  60kg K2O / ha   ( 24.28 kg  K2O / ekar )

MOP :    Setiap 100 kg MOP terdapat  60 kg. K2O
            
 untuk  60 kg. K2O / ha  = 100 x 60  =  100 kg. MOP / ha  ( 40.46kg /ekar )
                                                          60

 
 

 

Next | Back

 
 

Muka Utama     Organisasi     Sejarah     Perkhidmatan     Berita     Hubungi Kami  
 


Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor Lot 2, Jalan Utas 15/7, 40630 Shah Alam Tel:603 55103900 Faks:603 55108927 (Bhg. Pentadbiran) 603 55108768 (Bhg.Kesihatan) E-mel: webmaster@jphsel.gov.my