VETERINARY HEALTH MARK

 


LOGO "VETERINARY HEALTH MARK" (VHM)
DIBAWAH PROGRAM  PEMERIKSAAN DAN AKREDITASI VETERINAR 

JABATAN  PERKHIDMATAN HAIWAN
MALAYSIA 


Versi Bahasa English

Jun 2000 
Veterinary Inspection Unit 
Veterinary Public Health Section 
 

1. LatarBelakang 

Program Pemeriksaan dan Akreditasi Veterinar telah diwujudkan sejak dari tahun 1980 an lagi bagi memperkemas sistem pengesahan dan persijilan veterinar bagi hasilan ternakan dan ayam untuk tujuan eksport. Di  bawah program ini semua loji-loji yang telah diakreditasi dianugerahkan Logo VHM (Veterinary Health Mark). Perlaksanaan program ini telah mendapat sambutan menggalakan dari pihak industri pemprosesan hasilan ternakan dan pengguna. Ternyata penganugerahan logo dapat menyingkatkan masa memproses dokumentasi eksport dari beberapa minggu ke beberapa hari sahaja. Oleh kerana sifatnya yang proaktif dan menjimatkan masa, program ini telah dicalonkan dan telah memenangi Anugerah Inovasi Sektor Awam Kerajaan Malaysia tahun 1995. 

Logo VHM merupakan harta intelek Kerajaan mengikut tafsiran Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam, No.5 tahuin 1999. Berasaskan fakta ini, Kerajaan mempunyai hak mutlak ke atas penggunaannya. Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) juga telah diamanahkan tanggungjawab mengatur penggunaan komersil dan mencegah penyalahgunaannya, selaras dengan kuasa yang di perturunkan oleh Kerajaan. Logo VHM telah dikelasifikasikan sebagai "Certification Trade Mark"(Class 16, 29 and 44) dibawah "Trade Marks Regulation 1997/ "Trade Marks Act 1976". 

"Veterinary  Health Mark" (VHM)

Logo "Veterinary Health Mark" merupakan lambang kualiti vang dianugerahkan kepada loji-loji pemprosesan hasilan ternakan di bawah Program Pemeriksaan dan Akreditasi Veterinar Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kementerian Pertanian Malaysia. Logo juga menandakan bahawa loji-loji berkenaan telah akur sepenuhnya kepada syarat Keperluan Piawaian Minima "Hygiene and Sanitation", "Quality Assurance and Food Safety" yang ditetapkan oleh JPH dan dipastikan melalui proses pemeriksaan loji dengan penekanan kepada "Food Safety and Quality System" serta "Good Manufacturing Practice Programs". 

Loji-loji yang telah diakreditasi dan dianugerahkan Logo VHM dibenarkan mencetak logo di label atau pembungkus produk yang didaftarkan sahaja untuk mendapat dan mewujudkan keyakinan pengguna ke atas keselamatan produk dan dijadikan sebagai kaedah penggalak pemasaran. Banyak faedah lain boleh diperolehi di bawah program akreditasi ini. Di peringkat jabatan, permohonan sijil-sijil veterinar (Veterinary Certificates) oleh pengeluar produk hasilan ternakan untuk eksport dapat segera diproses. 

Pengeluaran sijil-sijil veterinar yang segera berlandaskan peruntukan "Animal Rules 1962", membolehkan pemproses akur kepada syarat keperluan mandatori yang dikenakan oleh negara pengimport dan merancang program eksport mereka dengan lebih berkesan lagi.

3.Ciri Penyertaan 

Penyertaan dalam program bersifat sukarela dan terbuka kepada semua loji-loji pemprosesan makanan hasilan ternakan. Walaubagaimana pun penyertaan program dimestikan kepada semua lojil-loji pemprosesan makanan hasilan ternakan berorientasikan eksport selaras dengan syarat negara pengimport yang mewajibkan persijilan veterinar oleh Pihak Berkuasa Veterinar di negara pengeluar bagi semua produk . 

 

4. Prosedur Permohonan 

Loji-loji yang berminat untuk menyertai program ini hendaklah memohon dengan menggunakan borang khas yang di sediakan oleh Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Malaysia. Di dalam. borang permohonan ini maklumat berikut diperlukan: 

4.1 Profit Loji (Plant Establishment Profile) 

4.2 Program Kepastian Kualiti (Quality Assurance Program - QAP) 

    4.2.1 Manual Kualiti (Quality Manual) 
    • Polisi Kualiti (Quality Policy) 
    • Kenyataan Kualiti (Quality Statement) 
    4.2.2 Amalan Pengeluaran Baik (Good Manufacturing Practices GMP) 
    • Premis dan Lokasi 
    • Kakitangan dan Latihan 
    • Kelengkapan dan Pernbekal 
    • Peralatan Sanitasi 
    • Kawalan Makhluk Perosak 
    • Program Panggil Semula (Recall Program) 
    4.2.3 Program Prasyarat (Prerequisite Program) 
    • Kawalan Bahan Mentah 
    • Kawalan Sanitasi 
    • Prosedur Operasi Tetap (Standard Operating  Procedures) 
    • Pengangkutan dan Penyimpanan 
    • Rekod dan Dokumentasi 
    • Prosedur Uji Periksa (Calibration Procedures) 
    • Prosedur Makmal (Laboratory Procedures) 
4.3 Pelan Tindakan. HACCP (HACCP Plan) 
  • Dokumentasi 
  • Rekod 
4.4 Lapuran Audit 
  • Audit HACCP Loji (HACCP Plant Audit) 
  • Audit GMP 


 

5.Perkhidmatan Yang Disediakan 

JPH menyediakan perkhidmatan seperti berikut kepada loji baru dan. yang telah diakreditasi: 

    • Garispanduan dan Kod Amalan Veterinar yang relevan; 

    • Khidmat nasihat garispanduan bangunan loji pemprosesan; 

    • Rundingcara seterusnya untuk penambahbaikan dan peningkatan taraf loji untuk mencapai syarat keperluan baru negara pengimport; 

    • Rundingcara dan khidmat nasihat penyediaan Manual Program Kepastian. Kualiti dan HACCP (Quality Assurance and HACCP Program Manuals); 

    • Khidmat Pemantauan dan Kawalselia JPH berterusan berupa "Surveillance Audit" bulanan (dua kali sebulan) dan Penilaian Semula (Review) setiap enam bulan. 

Buat masa ini, kerajaan tidak mengenakan apa-apa bayaran ke atas perkhidmatan berkenaan. Walau bagaimana pun, dimasa akan datang, kerajaan mempunyai hak untuk mengenakan bayaran yang relevan dan berpatutan keatas semua jenis perkhidmatan yang dibekalkan.

 

6. Prosedur Kelulusan 

Setiap permohonan akan diteliti dan dipastikan lengkap (Adequacy Audit). Permohonan yang lengkap akan diikuti dengan aktiviti berikut: 

     

  • Pemeriksaan awal (Compliance Audit) untuk menilai dan mengenalpasti status Program Kepastian Kualiti (Program GMP, Program Prasyarat, Prosedur Operasi Tetap, audit dan sebagainya) dan Program HACCP loji semasa. 

  • Audit ulangan (Follow-up audit) akan dilaksanakan jika terdapat kelemahan atau kekurangan yang perlu dibaikpulih dan peralatan perlu dipertingkatkan, semasa pemeriksaan awal. 

  • Laporan akhir akan dinilai dan hasil pemeriksaan dimajukan kepada Jawatankuasa Tetap Penganugerahan Logo VHM Jabatan untuk dipertimbangkan. 

  • Apabila di anugerahkan Logo VHM, pemohon akan diberi surat pemberitahuan kelulusan, No. Establishment Logo VHM dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi. 


 

7. Syarat Penggunaan Logo

Semua loji yang telah di akreditasi di benarkan menggunakan logo, tertakluk kepada syarat berikut: 

Logo boleh dicetak pada label/pembungkus keluaran yang diluluskan sahaja (keluaran yang didaftarkan semasa permohonan). Contoh pembungkus mengikut saiz sebenar yang bercetak dengan logo atau dalamn bentuk gambar foto hendaklah dihantar ke JPH sebagai bukti penggunaannya. 

Pengurusan loji, yang telah di luluskan bersetuju membenarkan pegawai JPH menjalankan pemeriksaan "surveillance" dan "review" audit serta mengambil sampel untuk ujian makmal. 
Segala perubahan dalarn pengurusan, loji

8. Syarat Pembatalan Logo  

Penganugerahan logo boleh dibatalkan dalam keadaan seperti berikut: 

  • Ketidakakuran yang di kenalpasti semasa "surveillance" dan review" audit. 

  • Perubahan lokasi premis operasi selain dari yang didaftarkan ketika penganugerahan. 

  • Perubahan dalam pengurusan syarikat. 

  • Perubahan sistem operasi berbanding dengan yang diluluskan ketika penganugerahan. 

  • Penarikan diri daripada program secara sukarela. 

  • Loji tidak menggunakan logo secara berterusan selama dua (2) tahun. 


 

9. Faedah Skim

    9.1 Kepada Pengeluar (Loji Pemprosesan) 

  • Loji pemprosesan mendapat kawalselia Pihak Berkuasa berkelayakan berterusan, iaitu Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia. 

  • Keluaran dari loji yang diiktiraf mempunyai dayasaing yang lebih tinggi segi peluang pasaran dan permasaran. 

  • Keluaran yang dihasilkan mengujudkan tahap keyakinan tinggi dari segi "hygiene" dan keselamatan makanan. 

  • Petunjuk yang baik kepada tahap pengurusan loji. 

  • Peningkatan keyakinan pembeli terhadap keluaran loji yang diiktiraf. 

  • Permohonan untuk memasuki pasaran luar negara dapat dipermudah. 

  • Dokumen eksport diproses dengan segera (dalam tiga hari bekerja) oleh JPH selepas permohonan di terima. 

    9.2 Kepada Pengguna 

  • Tahap keselamatan makanan (food safety) kepada pengguna lebih terjamin. 

  • Sumbangan ketara ke arah mempertingkatkan Kesihatan Awam. 

  • Kepelbagaian keluaran yang selamat untuk makanan manusia. 

  • Kepentingan dan kesihatan pengguna dilindungi secara berterusan oleh Kerajaan. 

10. Contoh Surat Permohonan Menyertai Program Logo "VHM" 



 

11. Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan 

Program Akreditasi Logo "Veterinary Health Mark" dikendalikan oleh Bahagian Kesihatan Awam Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia. Segala pertanyaan untuk maklumat lanjut yang berkaitan hendaklah dimajukan ke alamat berikut: 

Dr. Muhmad Kamarulzaman bin Muhmad Sarif
Pengarah, Bahagian Kesihatan Awam Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
E-mail: ppkav@jph.gov.my

Pegawai rujukan:

Dr Zaliha Abdullah
Ketua Unit Pemeriksaan Veterinar
Bahagian Kesihatan Awam Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
E-mail: zaliha@jph.gov.my

Dr. Mohd. Razli Bin Abd. Razak
Pegawai Veterinar
Bahagian Kesihatan Awam Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
E-mail: razly@jph.gov.my

12. Borang Permohonan Menyertai Program Logo "VHM" 

Untuk keterangan lanjut hubungi:  Bahagian KAV
Dokumen disediakan oleh Dr. Zaliha Abdullah Bahagian Kesihatan Awam Veterinar , JPH

2000 Bahagian Kesihatan Awam Veterinar , JPH 

 

 

Next | Back

 
 

Muka Utama     Organisasi     Sejarah     Perkhidmatan     Berita     Hubungi Kami  
 


Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor Lot 2, Jalan Utas 15/7, 40630 Shah Alam Tel:603 55103900 Faks:603 55108927 (Bhg. Pentadbiran) 603 55108768 (Bhg.Kesihatan) E-mel: webmaster@jphsel.gov.my