OBJEKTIF KUALITI

 Perkhidmatan Pembangunan Kesihatan Ruminan 

·        Menjalankan bancian ternakan 100% ke atas penternak yang telah didaftarkan.

·        Menjalankan ujian saringan penyakit Brusellosis dengan saiz sampel 6000 bagi ternakan lembu dan 5000 sampel bagi ternakan kambing.

·        Memastikan semua ternakan berpenyakit Brusellosis 100% diasingsingkir.

·        Memastikan setiap kes akan dilawati, diperiksa dan dirawat (dimana perlu) dalam masa 48 jam kecuali kes kecemasan, seperti mati mengejut    dan keracunan yang melebihi 3%.

·        Memastikan kadar prevalen (jangkitan baru dan lama) penyakit Brusellosis di Negeri Selangor kurang daripada 1% setiap tahun.

·        Memastikan 100% aduan berkaitan dengan Pembangunan Kesihatan Ternakan Ruminan yang dapat diatasi di peringkat daerah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu.

·        Memastikan 90% aduan berkaitan Dasar Kualiti (Penyediaan dan Penyampaian Perkhidmatan Pelanggan Veterinar dan Pembangunan Kesihatan Ternakan Ruminan) dapat diselesaikan di peringkat Ibu Pejabat dalam tempoh 1 bulan.

·        Proses pengeluaran Sijil Kesihatan Veterinar/Perakuan Kesihatan,   Surat  Kebenaran Memindah Ternakan dan Kebenaran Penyembelihan Ternakan dapat dicapai dalam masa 20 minit.

·        Memastikan setiap kakitangan menghadiri program pembangunan  sumber manusia sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

 

Pengurusan Kewangan 

·        Prestasi perbelanjaan tahunan mencapai 85% sehingga 31 Oktober setiap tahun.

·        Semua Pesanan Tempatan/Inden dikeuarkan tidak melebihi 10 hari bekerja setelah menerima permohonan.

·        Semua baucer bayaran disediakan tidak melebihi 10 hari bekerja bagi setiap tuntutan bayaran yang lengkap dengan dokumen yang berkaitan.

·        Resit rasmi dikeluarkan dengan serta merta bagi semua bayaran wang tunai.

·        Pelupusan dilaksanakan sekali  setahun.

·        Verifikasi Stor dilaksanakan sekali setahun di stor utama.

·        Semua tuntutan elaun dihantar ke Bahagian Khidmat Pengurusan pada atau sebelum 7hb berikutnya.  Semua tuntutan akan dihantar ke Bendahari pada atau sebelum 10hb berikutnya.

·        Rekupmen Panjar Wang Runcit hendaklah direkup mengikut keperluan semasa atau sebulan sekali.

·        Semua Penyata Penyesuaian hendaklah dikemukakan kepada Bendahari Negeri dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh dicetak melalui sistem SPEKS / menerima laporan daripada Bendahari Negeri.

·        Penyata Tahuan Deposit dikemukakan kepada Bendahari Negeri dan salinannyakepada Audit Negeri pada atau sebelum 31 Mac tahun berikutnya.

 

[Laman Utama]