Ayam Pedaging

Jika pihak integrator telah bersetuju dengan tapak tanah dan anda bersetuju dengan syarat-syarat kontrak, anda bolehlah menandatangani kontrak sebelum reban didirikan.

H. Adakah latihan dan pengalaman diperlukan?

Ya. Malah jika anda telah dilatih untuk menternak ayam daging secara komersial, peluang anda untuk mendapatkan kontrak adalah lebih cerah lagi. Tetapi latihan saja bukanlah syarat yang utama untuk mendapatkan kontrak. Malah ramai penternak yang telah berjaya tidak pernah mendapat latihan yang formal.

I. Siapakah yang menyediakan latihan?

Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pergilah ke Pejabat Haiwan yang berdekatan untuk maklumat lanjut tentang kursus dan tarikh yang sesuai untuk anda.

J. Di manakah latihan ini dijalankan?

Jabatan Perkhidmatan Haiwan anda mempunyai 3 buah pusat untuk memberi latihan yang anda pertukan untuk menternak ayam daging secara komersial. Pusat-pusat tersebut adalah seperti berikut:

  • Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Cheras, Selangor.
  • Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Ayer Keroh, Melaka.
  • Pusat Latihan dan Ternakan Ayam di Marang, Kuala Terengganu, Terengganu.

Kursus ayam daging secara komersial yang dijalankan memakan masa selama 6 minggu.

K. Selepas penternak menyediakan reban dan peralatan yang diperlukan, apa pula peranan integrator?

Anak ayam dan makanan akan dihantar ke reban anda. Selain daripada. membekalkan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dan khidmat nasihat, integrator akan memasarkan ayam-ayam yang telah anda pelihara dengan harga yang telah ditetapkan, seperti di dalam kontrak yang telah anda dan kontraktor persetujui dan tandatangani.

Ladang Penternak Ayam Kontrak

L. Bolehkah saya mengetahui syarat-syarat kontrak secara am?

Di antara syarat-syarat utama yang perlu anda sebagai penternak patuhi adalah seperti berikut:-

  • Tidak membeli anak ayam dan makanan secara kredit daripada integrator/syarikat lain.
  • Memelihara ayam-ayam yang dibekalkan dengan baik.
  • Tidak menjual ayam-ayam atau makanan yang dibekalkan kepada orang lain.
  • Bertanggungjawab ke atas semua kos yang terlibat sehingga ayam yang dipelihara dijual.
  • Menjaga kebersihan ladang dan pengurusan seperti yang dikehendaki oleh integrator.

Selain daripada syarat-syarat am di atas, pihak integrator mungkin ada syarat-syarat yang lebih khusus lagi. Pastikan anda telah benarbenar faham dengan kontrak sebelum ianya dipersetujui. Sebagai contoh, ada pihak integrator yang mahukan anda menghantar ayam ke pusat pemprosesan dengan berat badan yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

Syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi. Prestasi penternakan anda juga adalah diawasi oleh integrator. Jika anda tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan prestasi penternakan anda pula rendah, kontrak anda mungkin dibatalkan pada bila-bila masa.

M. Bagaimana mendapatkan keuntungan dari sistem kontrak?

  • Jika anda adalah penternak yang masih baru dan belum berpengalaman, mulakan ternakan anda dengan bilangan minima yang ditetapkan oleh integrator. Tetapi, apabila telah berpengalaman, tingkatkan bilangan ayam yang anda pelihara. Jika anda seorang penternak yang gigih dan dibantu pula oleh keluarga, 10,000 ekor ayam bagi satu pusingan adalah dicadangkan (setahun anda boleh memelihara sebanyak 5 pusingan).
  • Kurangkan kematian di bawah paras 4% sahaja untuk memperbaiki keuntungan bersih.
  • Jangan membazir makanan. Sentiasa periksa kedudukan bekas makanan ayam anda. Kedudukan bekas makanan yang terlalu rendah bagi ayam yang telah berumur 2 minggu ke atas menyebabkan makanan terbuang dan akan menyebabkan pembaziran.
  • Pastikan sistem pengurusan, termasuk kesihatan ayam yang dipelihara sentiasa diberi perhatian.

N. Siapakah yang menyediakan ubat-ubatan dan khidmat nasihat?

Pihak integrator. Malah pihak integrator akan menghantar wakil-wakil mereka untuk memberi khidmat nasihat yang anda perlukan.

O. Dari mana pelan dan anggaran kos reban ayam boleh diperolehi?

Kebanyakan integrator mempunyai pelan reban yang mana anda terpaksa ikuti. Anggaran kos mendirikan reban juga~ada disertakan.

P. Saya ingin menternak 5,000 ekor ayam, berapa banyakkah modal untuk reban dan peratatan yang diperlukan untuk menternak ayam?

Oleh kerana harga bahan-bahan seperti kayu, atap, upah dan lain-lain adalah berbeza mengikut tempat, anda mestilah mempunyai modal di antara RM15,000 - RM20,000 untuk reban dan peralatan yang diperlukan.

Q. Adakah integrator menetapkan bilangan minima ayam daging yang ingin dipelihara?

Ada. Kebanyakan integrator bersetuju mengadakan kontrak dengan anda jika anda ingin memelihara di antara 3,000-4,000 ekor ayam daging satu pusingan.Pastikan dengan integrator yang telah anda pilih berapa bilangan minima ayam daging yang membolehkan anda memulakan ternakan secara kontrak tersebut.

R. Berapa kali pemeliharaan boleh didapati bagi setahun?


Paparan  1    2    3