Makluman Penutupan Kuanter Permit Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor Sempena Hari Raya Aidifitri 2019 (1440 Hijrah)

Y.H Dato’ / Tuan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas,

2.       Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan E-permit 1 akan ditutup mulai 3 Jun 2019 sehingga 7 Jun 2019 dan perkhidmatan E-permit 2 akan ditutup mulai 4 Jun 2019 sehingga 7 Jun 2019. 

3.        Perkhidmatan tersebut di atas akan beroperasi semula pada 10 Jun 2019 (Isnin).

4.        Sehubungan dengan itu pihak kami akan menghebahkan perkara ini kepada pelanggan dan orang awam melalui notis dan laman sesawang Jabatan. Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,

 

“SELANGOR MAJU BERSAMA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

Dr. Hassuzana Binti Khalil

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor