LAPORAN SIASATAN AWAL BERKAITAN ADUAN PERBUATAN MEMBUNUH KUCING BETINA

LAPORAN SIASATAN AWAL BERKAITAN ADUAN PERBUATAN MEMBUNUH KUCING BETINA DENGAN MEMASUKKANYA KE DALAM MESIN PENGERING DI KEDAI DOBI, DI TAMAN GOMBAK RIA, GOMBAK SELANGOR.

1. Dimaklumkan bahawa Pegawai Penyiasat, Bahagian Penguatkuasa DVS Selangor telah menerima aduan tersebut dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

2. Siasatan dijalankan mengikut peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

3. Kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat lanjut berkaitan kes ini amatlah dihargai dengan berhubung terus kepada Pegawai Penyiasat, En. Muhammad Hafiz bin Mohd Ramli, 017 – 3436112 / 03 – 55103900

Sekian, terima kasih

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DVS
PUTRAJAYA

#dvsmalaysia